CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 28

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA


Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.
Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan
zikir dan doa di dalamnya. 

Sabda Rasulullah SAW; "Suasana yang paling
hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
 
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang
banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau
  sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. 

Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud; "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat." Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!"
Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu'."

KEISTIMEWAANNYA


Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya.
  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."
 
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa.Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akanmenjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Tuesday, January 25

HOW TO WASH YOUR PREMIUM BEAUTIFUL

Orait frenz....sebab ramai juga yang betanye kat aku mcm mane nak cuci PB ni...Cuci nye senang bangetttt!!! Asalkan jgn korang campak dalam mesin basuh je...

Sabun nak cuci PB ni namanye PB NATURAL WASH.


Corset Premium Beautiful nie jgn sesekali lah dibasuh dengan sabun serbuk yaa.. apa2 sabun serbuk jugaklah.. Cthnye Tops, Breeze, Daiya ke coz sabun serbuk nie mengandungi soda dan zat pengisi seperti tepung.. kalau PB tu dibasuh dgn sabun serbuk nie.. dikhuatiri zat pengisi tu akan melekat or tertinggal di dalam fabrik PB tersebut.. berkemungkinan akan menyebabkan PB anda cepat lapuk & tidak bersih. Nanti kalau PB tu rosak.. sayangkan.. mahai tuuu..


JGN PAKAI SABUN SERBUK MCM NI TAW!!!!

So lebih eloklah jika ia dibasuh dengan sabun yang dibuat khas utk corset PB..

Kebaikan PB Natural Wash:
 

  • Cecair pekat (guna minimum 1 penutup-boleh jimat sehingga~3-4bulan)
  • Bersifat lembut di khaskan untuk lingery wash
  • Ekstrak tumbuhan & Vitamin
  • Tidak melunturkan warna fabrik
  • Faedah kepada kelembapan kulit (lembut & 'moisture')-tidak mengeringkan kulit semasa membasuh
  • menghapuskan bakteria & bau
  • Keharuman bunga-bunga ( keharuman terasa seluruh bilik air)

= = = = = = = = = = = =Cara-cara yang betul = = = = =
  1. Larutkan 1 penutup 'liquid wash' dalam air suam <40'c
  2. Cuci bahagian yang terkena kotoran dengan lembut dan berhati-hati
  3. Bilas dengan air dengan berterusan
  4. Serap air dari pakaian dengan membalutnya dengan tuala yang kering (diterima jika hanya gantung di hanger dan biarkan air tus/menitis didalam bilik air )
  5. Keringkan pakaian ditempat teduh dan berangin. Elakkan dari menjemurnya dibawah cahaya matahai dikuatiri kuasa fir nya menurun.(terbaik di aliran aliran kipas.)
  6. Cucian tangan sahaja. Dilarang machine/dry clean.

Nota:
Jangan panik jika anda mendapati air basuhan anda keruh terutamanya pada minggu pertama pemakaian Premium Beautiful. Ia bukannlah bermakna corset ini luntur. Ia memberi signal yang baik bahawa badan anda sedang mengeluarkan toksid dan peluh berasid. Sila monitor kesan ini, selepas air tidak keruh lagi perhatikan tektur kulit anda, kebanyakkan kes kulit tampak halus, bersih dan toning yang seragam. :-D.

Beberapa LARANGAN PENTING!

1. Dilarang menggunakan syampu atau losyen beralkali tinggi.
2. Dilarang menjemur pakaian di bawah sinaran cahaya matahari.
3. Dilarang menggunakan seterika.
4. Dilarang mencuci dengan menggunakan mesin basuh.
5. Dilarang memerah pakaian untuk tujuan mengeringkan air.

Panduan Menjemur:

1. Penjemuran dilakukan dengan menterbalikkan bahagian dalam ke luar dan betulkan bentuk serta ratakan kedutan-kedutan yang wujud.
2. Jemur sebaik sahaja selesai membasuh untuk mengelakkan kedutan.
3. Jemur di tempat udara mengalir.
4. Jangan jemur di bawah sinaran matahari atau udara panas (ini akan menjejas kualiti kain dan menyebabkan warna menjadi pudar).

So, hopefully entry dapat dijadikan panduan buat semua wanita yang memakai Premium Beautiful...:)

PREMIUM BEAUTIFUL : MACAM MANE NAK PAKAI YE???

Ramai yang tanye kat aku...
"Wei susah tak nak pakai PB ni???"
Owah...senang je nak pakai....Kat bawah ni aku letak steps mcm mane nak pakai MAGICAL KORSET PREMIUM BEAUTIFUL ni...


Langkah 1: Long Girdle
 


(1) Lipatkan bahagian pinggang dan dan kaki seluar dalam
(2) Sarungkan seperti memakai seluar dalam biasa
(3) Masukkan tangan di bahagian punggung dan tarik lebihan lemak ke atas
(4) Perbetulkan kedudukannya agar selesa

**untuk mudah pakai,kene bukak kaki besar sket,ala2 kekuda gitu...pastu joget2 sket sambil nak pakai...heh mula2 memang rasa ketat sket but in few weeks u akan familiar and senang sgt nak pakai...!!**
 

Langkah 2: Long Bra
 


(1) Tundukkan padan 90 darjah dan sarungkan bra ke badan dan letakkan payu dara ke dalam cawan bra (pastikan semua daging payudara masuk cantik ke dalam cup bra
(2) Lekatkan cangkuk di bahagian belakang
(3) Tarik semua lebihan lemak yang ada di bahagian belakang dan bawa ke hadapan (masukkan ke dalam cawan bra).
(4) Laraskan tali bra supaya dapat kedudukan yang selesa.
(5) Betulkan kedudukan bra
 
**kalau tangan x sampai ke belakang,and xde sapa nak tlg cangkuk kan..u olls boleh pakai kain batik or ape2 kain dulu...berkemban ye...then cangkuk kat depan dulu baru turn ke belakang...sbb kalau tanpa kain alas,PB x boleh turn sbb dah lekat kat badan**

 
Langkah 3: Waist Nipper

 
 
(1) Letakkan rama-rama diamond terletak di tengah dada
(2) Lekatkan kesemua cangkuk(patut berada di tulang rusuk kiri badan)
(3) Betulkan kedudukannya
(4) Tarik tali pelaras
(5) Tahan nafas dan cangkukkan ke depan
(6)  Pastikan ianya selesa
 
**make sure bahagian tali2 yg kat belakang tu selari dengan tulang belakang kita**
 
Senang je kan???
 

PLAN PEMBAYARAN PREMIUM BEAUTIFUL

Hello ladies...!!

Mesti korang nak tahu macam mane buat pembayaran Premium Beautiful ni...Harganye pulak berapa henggetttt????

Normal price RM2600 but promo price ialah RM2000-2200 ikut size..

On top of that u will get RM225 cash rebate

Let me know your measurement:

-bust
-under bust
-pinggang
-pinggul

Semua in cm tau….

Macam mane nak ukur??? Ok tgk link kat sini ye kawan2....


Then, this promo is for cash and installment by CC and Rhb Easy

Method of Payment

  • Lumsum Cash..please bank in to me. I'll give the account no when u SMS me.

  • Credit card - nanti kita akan POS form untuk u all fill in. Kalau u all guna ambank, ocbc, hongleong card boleh minta 0% installment plan 


  • Easy RHB Instalment Plan - U all kene pegi EASY RHB Branch yang terdekat. Bagi IC n ckp la u all nak pinjam 2000 and bgtau la bape lama u all nak pinjam. Tak perlu dokumen lain.. IC only. Diorang akan proses time tuh juga within 15mins- 30 mins.Time tuh juga u all dpt duit yang diisi dalam ATM card.



  • Cash installment pun boleh, harga set kecik RM2400 and dan set besar RM2600. Min - RM200 everymonth. MAX 1 TAHUN JE BAYAR...

Whatever it is, you may call / sms me: 0126580350 or email me at: emalin_83@yahoo.com

Monday, January 24

AGING PROCESS

Aging or is the accumulation of changes in an organism or object over time. Aging in humans refers to a multidimensional process of physical, psychological, and social change. Some dimensions of aging grow and expand over time, while others decline

Do you know aging process starts at the age of 25? Awal kan? So, sesaper yang start jaga yourself dari muda-muda nie, good for you...:)

Usually we know the terms of aging refer to face. But, actually, badan kita juga melalui aging process! So, ladies out there, instead of setakat jaga muka jer tak cukup la darling. Kiter kena jaga badan kiter. Yang lemak berkumpul-kumpul tue kalau boleh hilangkan yer, so that tak jadi sagging plak nanti...:)

Pada usia 20-an


Normally at this age, our breast is much more firm, cantik jer terletak kat tubuh kiter. Bentuk payudara lebih anjal dan tegak. Memang idaman setiap wanita la kan?


Our tummy is much more flatter, biasalah memang jaga elok punyer. So, perut pon kempis.


Punggung kiter lebih up, padat dan anjal. Tak melebar, tak jatuh, dan tak besar...:) Cantik jer pakai jeans.

Pada usia 30-an (Selepas melahirkan anak 1 or 2)



Dada akan mengalami pertambahan lebih kurang 3cm. Size payudara akan mengendur sebanyak lebih kurang 3cm-5cm. Maser nie kalau you all perasan, your nipple pon macam beralih skit. Kalau tak jaga, your breast actually boleh bergerak sampai kat your back!


Perut pon dah mula buncit and memang susah nak kempiskan perut after deliver baby, unless you exercise betul-betul and jaga your pemakanan. (Kajian: 1 dalam 2 orang mengalami perut buncit.)


Pinggang bertambah lebih kurang 4cm. Makin melabar kan?



Punggung akan menjadi bentuk pear sebab dah mula jatuh and mula melebar. Dah tak firm macam dulu. (Kajian: 1 dalam 4 orang.)

Pada usia 40-an


Maser nie kalau tak jaga dari dulu, your body akan membulat (apple) or double pear.


Your dada hilang anjal and memang tak firm. Your breast starting to sag. Perut akan semakin buncit. (Kajian: 13% sahaja akan kekal bentuk tubuh asal.) Punggung semakin jatuh. (Kajian: 1 dalam 2 orang)

Pada usia 50-an

* Perempuan akan mengalami menopause.
* Masalah kesihatan mula timbul- darah tinggi, cancer, sakit2 sendi,
   kencing manis dan macam-macam lagi.
* Bentuk badan akan kekal.
* Metabolism menurun.

At this age, memang your breast totally hilang keanjalannya, your punggung memang akan membesar sangat-sangat, and your tummy pon akan sentiasa membuncit.

Dengan pemakaian Premium Beautiful, siri pembentukan pakaian dalam dapat membantu anda menghidari dari masalah-masalah ini!
 


 
Premium Beautiful is a body contour product, dapat mengagihkan lemak-lemak yang dah berlari sana sini tue ke tempat yang sepatutnya. Premium Beautiful juga akan membentuk semula pinggul dan payu dara.

Premium Beautiful juga dapat mencerahkan nipple pigment kulit pada warna asal.

Far Infra Red (F.I.R.) yang terdapat di Premium Beautiful dapat menambahkan kekenyalan, dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada. Haaa, you all tunggu aper lagi tue. aset you all tue, jaga elok-elok tau...:)

Premium Beautiful direka cipta mengambil kira struktur wanita secara terperinci. So, you all biler pakai Premium beautiful akan sentiasa selesa dan takder raser terseksa...:)

So what are you waiting for people?

 
No diet, No pills, No exercise, Save more money!!

CALL/SMS ME : 0126580350
 

BISNES PREMIUM BEAUTIFUL NI HALAL KE HARAM????

Kepada kawan2 ku sekalian...aku nak share berita pasal bisness yang aku joint ni. Sebab ade yang tanye kat aku..

" Wei, ko joint bisness ni halal ke??"

Mestilah halal...kalau tak halal aku pon tak nak joint..

Sebabnye semakin lama semakin banyak spekulasi yang cuba dibuat oleh orang ramai atas status Halal Syarikat Hai-O. Dan makin lama spekulasi ini makin menjadi sampai tak masuk akal. Ramai orang buat spekulasi berdasarkan atas andaian yang dibuat oleh link dibawah ini.
Ni cerita tahun 2007.


Print screen seperti dibawah.

http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/567-perbincangan-hukum-uptrend-a-hai-o.html


"Maaf, saya tiada info tentang Hai-o samada plan mahupun produknya, cuma apa yang saya tahu, syarikatnya memang besar dan tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur dan syarikat ini bukanlah syarikat patuh syariah..." - Zaharuddin tahun 2007.

Zaharuddin tidak langsung mengatakan yang syarikat ini haram atau sebagainya dan beliau pun dah kata yang beliau tiada info langsung mengenai syarikat Hai-O. Beliau hanya memberi andaian sahaja, tetapi timbul spekulasi yang bukan-bukan dari orang ramai tentang perkara ini. Siap buat forum lagi and macam-macam lagi.

So, kami mengambil inisiatif kami sendiri menghubungi Security Comission berkenaan dengan hal ini. Ini bukti yang kami dapati.

TERKINI as at 31 Mei 2010.

http://www.sc.com.my/eng/html/icm/sas/sc_syariahcompliant_100531.pdf

P/S: Mane yang still tak puas hati boleh bukak link tu sendiri atau call Security Commission sendiri.

Satu dokumen penuh mengenai semua senarai syarikat yang patuh syariah termasuk terma-terma syarat untuk diklasifikasikan dalam patuh syariah, semuanya ada di nyatakan di sini.

Dan bukti yang paling kukuh yang kami dapati, antara beribu-ribu syarikat MLM di Malaysia ini, hanya Syarikat Hai-O sahaja mendapat pegiktirafan sebagai SYARIKAT YANG PATUH SYARIAH.

Dan Majlis Syariah sangat mengambil berat tentang ini kerana 99.9% usahawan ialah tergolong dalam umat Islam.

Dan Syarikat Hai-O ialah satu-satunya syarikat di Malaysia yang mendapat sijil
"PERNIAGAAN PALING BERETIKA"
OLEH KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI.

DAN kiter sendiri amat mengambil berat tentang ini seperti anda semua juga kerana kiter ingin mencari rezeki halal dan berkah dan yang di redhai Allah S.W.T.

Jadi, fikir-fikirkanlah...

P/S: Pada semua yang bekerja di syarikat-syarikat MNC atau syarikat yang disenaraikan dalam BSKL tak kirala papan pertama, kedua, ketiga dan tak kirela syarikat itu dari Malaysia or dari luar negara, tak kirela syarikat tu besar seperti oil and gas or syarikat kecik pun, you all dah yakin syarikat tempat you all bekerja tu ialah syarikat patuh syariah?

Sila periksa dengan Security Commision yer.

DAN

Hanya Majlis Fatwa sahaja yang boleh menentukan mengenai issue halal atau haram ini.

Jadi jangan pandai membuat andaian dan spekulasi yang bukan-bukan lagi.

Thursday, January 20

I'M FALL IN LOVE WITH PREMIUM BEAUTIFUL

Jatuh chenta dengan Premium Beautiful???? Boleh ke??

Ape tak bolehnye dek non ooii....PB ni memang best dan superb!! Semuanye ada dlm 1 korset. Nak cantik, nak sihat, nak anggun....


Nak naik kan badan makan + tido = Seharian...
 
Kalo nak kurus pulak makan ler ubat slim + exercise = sampai success..

Tapi tak pernah orang tanya macam mana nak

 
SIHAT + CANTIK + ANGGUN = MAINTAIN

so Premium Beautiful ada jawapannya....


Tgk posture badan Permaisuri Agung Tengku Nur Zahirah...Ada shape and curve kan..

Korang nak badan cantik??nak sihat??nak anggun and maintain cantik sampai bile2??
 
So..tukarlah pakaian dalam anda dengan Premium Beautiful Corset..
 
Berminat?..Ringan-ringankan jari jemari anda menekan nombor telefon saya..

012-6580350

book ur set now..
promo still on..
cepatttt..
bulan Januari dah nak abis..

DEDICATED TO THE 70's

KALAU KORANG LAHIR PADA TAHUN 1973-1987.. MESTI KORANG INGAT NI

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks n Mickey Mouse...
Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron...
Lagi satu Gaban...ZZZZ

Sanggup tak nak g sekolah agama seb kul 4 tiap hari Rabu kat TV1 kuar cerite Mat GABAN niii....

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?? Hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan... Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...
ingat tak..,



Misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment...
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah ada gigi yang berlubang.., kene laa tampal...

Ni sure korang ingat...
Program minum susu di skolah. nak galakkan budak2
time tuh minum susu... sekotak 30 sen jek beb...
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin...Sekarang ade??????

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.YG SEDEPA tu ,skrg ade lagi ke???
Pukul tapak tangan... kan..?


Serius benda ni memang nightmare bagi budak2 kelas aku dulu...

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz...batman also


Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...


Pakai tudung sekolah mesti ade pengerass.. budjet lawa la...

Internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.... Tiket wayang pun 5 inggit je...

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.


tak dilupakan, 'Ti Kam2'. pehhh aku penah kene tu...

Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.kat umah main baling selipo..main congkak, main CHI CHI DUKU LAKA..BANANA CHI KOLE KOLE CHI KU DUK...Hahahahahahaha...Miss this time!!!

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.Aku tak dapat, tapinye kadang2 gantikan budak yang tak nak makan...Makan free best!

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa, rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three' , 'Police & Sentry', main kejar2 duduk...haaa men sembunyik ibu...korang mesti penah men kan...mak-mak kita tak kasik men klu dah magrib...nanti hantu tetek sembunyikkan nanti..betul x betul wallahua'lam...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu.kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! 
 
Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.

Hmm...budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau,yg Westlife nyanyi...bkn Billy Joel nyanyi...

Bagi diorg, ada satu je Indonesia kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam..sekarang dimana2 ade Vietnam, Nepal, Bangladesh, Indon tak yah cakap la...cuba korang perhatikan sekeliling....

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih... dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan drg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...becinta tanpa h/p...Wat assignment gune disket je...Beli 1 kotak wat stock banyak2..

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:


1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin..tp yg tak kawin pun ade gakkk...
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace blog ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.Sure diorg suke punye laa...heheh
tapi apa yang pentinglahkan. .bila kenangkan saat ni semua dgn mendalam..
mgkin ada diantara kita mengalirkan air mata..
yelah mana taknya bebudak zaman skrg walhal anak sendiri pun takkan lalui zaman yg sebegitu indah lagi..
sayangnya masa begitu pantas berlalu...Dimanakah kita??
( sayu hati rasanye..... hu hu hu .....)
Aku dah tuaaa!!!!

Nah....ini dalam versi bergambar....

1) Still remember what is this?

TORA datang lagiiiii....!!!!!
 2) Video game yang hot (bg mak bapak yg kaya la)

 
           Korang ingat tak game SUPERMARIO ni????              
  
3) Chewing gum yang digemari  



4) Happy Family (selalu main kat sekolah time lepas exam akhir tahun) 


 5) Setiap orang pasti pernah memilikinya



6) Hero kita (sanggup ponteng sekolah agama pasal nak tgk cerita ni)


7) Pencil box yang ada butang tekan-tekan


Yang besi punya pun ada


8) Fruit shape rubber


9) Panda water color


10) Korang ingat lagi tak lipat kertas jadik camni???


 
Ada lagi ke mainan mcm ni????

Aku panggil mainan ni ANAK PATUNG KERTAS

Ada lagi tak biskut macam ni???


Ni biskut faberet aku...Biskut Kapal Terbang...

Zaman semakin berkembang...Teknologi semakin canggih...Semakin mencabar dalam kehidupan seharian..

PETUA DARI DR FAZILAH KAMSAH

 
Sape yang tak kenal gambar kat atas ni, memang korang bukan warga Malaysialah!! Hehehehehe...Aku de dapat email dari kawan aku semalam...kiranye macam bagus untuk aku kongsikan bersama kawan-kawanku semua dalam blog ni...
 
Tulisan kat bawah ni memang hasil dari Dr Fazilah Kamsah sendiri. Aku copy paste je lah....
 
Assalammualaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan.... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

** zaman skang ni...mcm mane mak ayah tak kena abehkan makanan anak2..anak2 mntk makanan  mahal2..tak abeh rugi plak..nnt smpi kat umah, asek tringat jek makanan tadik..huhuhuhuhuhu. (ni aku tambah)

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu...jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ....dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ....solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima Kasih.
 
Moga-moga, tips dari Dr Fazilah Kamsah ni boleh jadikan panduan utk kite dalam mendidik anak..Memang betul dalam mendidik anak ni byk cabaran yang perlu kite hadapi. Lagi2 zaman sekarang yang semuanye serba serbi moden dan canggih....
 
Apa yang baik kite ikut lah ye....


 

BERHATI-HATI JIKA MEMBELI MAKANAN DAN MINUMAN...!!!!

Korang kalau beli makanan ke minuman kat pasaraya chek tak isi kandungan and logo halalnye??? Sometimes barang yang kite beli tu memang kite dah tahu halalnye kan...tapi korang cek tak bahan kandungannye tu???

Ini kerana terdapat beberapa produk di pasaran tempatan yang mana ada logo halalnya tetapi secara tersiratnya ia sebenarnya mengandungi PERISA N PEWARNA TAMBAHAN YANG DIPERBUAT DARIPADA LEMAK BABI!!!

Pesan la kat suami, isteri & anak2, baby sitters, bibik, sedara2....

Jangan ikut dan je beli makanan ringan...

Contohnye cam cekedis....

Jadi berhati-hati semasa membeli makanan ringan di pasaran....

Di dalam makanan itu, mungkin terdapat lemak binatang 'B' ini....

Pastikan cek isi kandungan makanan itu sebelum membelinya....

Kat sini aku letak kod lemak Babi ni untuk peringatan kite bersama...


Kalau boleh, print and simpan lah dalam beg, wallet, poket seluar or kat mana2lah yg boleh kite bawa bersama time nak beli barang2 dapur, jajan ke, cekedis ke...
Tak mustahillah ramai yang berperangai pelik zaman sekarang ni. Tak kira la yang muda ke yang tua. Samseng lah, bohsia lah.

Macam mana nak lahirkan muslim yang sebenar kalau dari kecik dah tersuap menatang haram ni.Yang peliknya macam mana lah ada tanda halal tu. haih. Patutlah Allah turunkan virus selsema babi tu. Saudara sekalian, sedarlah. macam2 cara yang musuh islam akan lakukan untuk meruntuhkan moral dan iman seorang muslim.

Sekarang ni dah tawu, korang forward lah. ni bukan nak boikot mana2 syarikat pengeluar, tapi sebagai panduan kepada anda semua. Terpulang untuk anda mempercayainya.

Peringatan : Semoga makanan yang kita beli adalah hasil HALAL.. Kerana makanan yang kita ambil menjadi darah daging kita.....

Tuesday, January 18

GILER BERBLOGGING

Best ke ade blog ni??? Ni antara soklan2 kawan2 aku yang selalu tanye...Jawapan aku senang je...

OF COURSE LE BEST..

Kenapa aku jawab best..sebabnye dengan berblog aku boleh tambah kawan2 aku..Boleh tambah byk lagi kawan2 di luar sana. Takde lah berkawan dgn orang yg ade ni je..Sometimes tak kenal pon org tu karakter die mcm mane. Tapi dengan berblogging ni, otomatik kite leh tahu karakter orang tu mcm mane..Macam mane aku leh tahu?? Senang je...melalui ayat2 dan tulisan dlm blog diorang je aku boleh tangkap..Boleh tahu orang yg ni lemah lembut, bermotivasi, ibu yang penyayang...person yang happy go lucky..and semua adalah.. Seriusly, memang aku giler dgn blogging sekarang..Walaupun follower tak ramai, tak menjadi masalh besar utk aku.

Dulu memang aku pandang remeh dgn dunia blogging ni. First sekali mak aku sendiri..Jangan tak tahu mak aku de blog and facebook taw!!! Aku tahu dengan blog je lah mak aku boleh hilangkan rasa sunyi dan sedihnye....Dengan bloglah mak aku dapat ramai kawan dari serata Malaysia ni..Dengan blog ni jugaklah salam ukhuwah dan tali persahabatan mak dgn kawan2 nye terjalin..Kadang2 kalau call mak, die akan kata pergi jalan2 kat  rumah kawan blog. G majlis kahwin pon kat kawan blog jugak..So from here, I know with blogging we can get more friends..Boleh kongsi minat and cerita...

Adik aku pulak berblogging dgn dunia korea die..Minat giler betul dgn artis2 korea.. Follower2 die mostly Korean lovers.hahahahaha...Dgn blogging jugaklah die leh wat bisnes...Bisness???? Bisness ape??? Bisness ambik upah wat assignment ke?? Bisness jual top-up??? Ooooh...tidak...!!! Bukan....Walaupun adik aku student kat Uitm tu, takat jual top-up tu perkara biasa...Tapinye die leh generate income lain pulak dengan jual cd cerite2 Korea..Korang kalau nak cerite ape, bagitahulah...(Sara Aci promote sket ni)..Semua koleksi die ade...

Dengan blogging ni jugaklah aku leh tahu aktiviti 2 insan yang amat aku sayangi ni...

Then dengan blogging ni jugaklah aku kenal Izyan. Melalui dielah aku berminat sgt nak joint bisness jual korset ni...Izyan bayak bagi support and motivasi kat aku..Melalui sms, facebook and through blog je kitorg berhubung...Walaupun belum berjumpa face to face lagi, tapi aku dapat rasakan seakan hubungan yg mesra  dan rapat dengan die. Orang kata, kalau kite berniat ikhlas dalam berkawan, Allah akan bagi yang terbaik buat kita...InsyaAllah....

Aku kenal and tahu Hanis, Fazi, Kak Salha and Kak Ayu pon melalu blog jugak..Dengan baca blog diorang lagi tambahkan semangat aku nak menceburi diri dalam berbisness ni.. Bermula dari zero knowledge, tapi tengoklah sekarang...Diorang dah mencapai target yang diorang nak...Insya Allah aku pun nak jadi macam diorang jugak. Mak doakan anakmu ini berjaya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan ini ye...InsyaAllah..

BIZNEZ DI HUJUNG JARI....

Korang berminat tak nak buat bisness bersama2 saya??

Buat business secara ONLINE..

TAK SUSAH PUN.. CUBA DULU BARU TAU !!

For those yang nak cari income lebih $$

Jom sama2 join saya.. i will guide u 100% ..& one to one..


Contact me for appointment
012-6580350 / emalin_83@yahoo.com

HADIAH TAHUN BARU...!!!!

Hadiah tahun baru????? Eh, tahun baru pun de hadiah ke??? Mestilah ada...dengan ini aku umumkan hadiah tahun baru dari EN SUAMIKU yang tersayang lagi terchenta.... Pe die???

*
*
*
*
*
*
*
*

Pe die hadiah tu????

*
*
*
*
*
*
*
*

Ni Haaaaa......

*
*
*
*
*
*
*
*

Electric Oven Cornell


La....Oven pon nak kecohhhh!!! Hello...ni blog aku..aku punye suke la nak kecoh ape pon!!

Hati berbunga riang bile En Suami mengofferkan diri nak sponsored oven yang sememangnye menjadi dambaan buat diriku semenjak sekian lama....

Mata meliar carik yang mana berkenan...Kuar masuk kedai dekat 4 kali...Tak jadi2 ambik silap2 tarik balik offer yang dibagi...End upnye masuk Parkson East Coast Mall..terus pilih brand Cornell ni..Cokia ke tak cokia asalkan aku ada oven..

Depan salesgirl aku berikrar janji...

" Bee, Ummi janji rajin masak lagi pas ni..."

Berbalas ikrar oleh suamiku...

" Jaga kalau tak masak....Abang letak kasut dalam oven tu nanti...."

Hahahahahhaha....kasut pun nak letak dlm oven ke??? Ishishish...

Jadi bermulalah episod aku mengerjakan oven tu..Tak boleh kata takde oven pas ni..Sebab sebelum ni kalau suami aku kata:-

S : "Ummi tak penah pun wat kek"

I : "Nak masak kat mana bang ooiiii!! Oven takde..."

S : "Bile nak wat chicken grill????"

I : "Boleh je grill....grill atas kuali lah... Oven mana ade!!!!"

Dengan ini bermulalah misi aku menjelajah segala mak nenek blog carik resepi yg boleh dimasak menggunakan oven ni...

Pertama kali dapat oven, rajinnye terlebih pulak...hehehehehehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...