CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JOM KLIK MY HEARTBEAT BANNER...:)

Thursday, March 29

MY PREPARATION DURING CONFINEMENT

Salam readers yang dikasihi... Terlalu lama rasanya tak mengupdate blog ni. Semangat utk menulis lately ni asyik hilang je...Maybe pembawakan budak kot??? Hehehehehehehe... So far sekarang ni dah final stage dah pun..Tinggal menunggu hari je nak "berjihad". InsyaAllah 1.4.2012 nilah due datenye... Sekarang ni pun dah tak larat sangat nak berjalan..umpama burung peguin jalan tu..mcm tu lah gaya aku berjalan skrg...Perut dh semakin besar dan sarat...Tapi My Husband kata "Sayang nampak sgt seksi..!!" Oooohhh cool ok!!! Sgt rasa gorjessss..... Ngeeeeeeee...

Seperti bakal2 ibu yang lain aku pon tak terkecuali menyediakan apa2 yang patut utk dipakai time berpantang 44 hari nanti..Sebab kali ni nak bersalinkan anak kedua..jadinya pengalaman yang pertama dulu byk mengajar aku utk sediakan kelengkapan bersalin utk diri aku sendiri dan juga baby ni. Kiranye time aku 6 - 7 bulan tu hari-hari BW and servey mana2 online store yang jual barangan baby. Oklah..kat sini aku listkan ape je barang yang dah aku beli.. Tinggal nak pakai je ni..

1) Breast Pump

 

 
Aku pilih BP Medela Harmony... Aku pilih yang manual je dulu.. Beli dengan Kak Aja. Time beli ni die tengah wat promosi... Harga pon murah..so aku order terus dengan Kak Aja je... Planning asal nak beli Medela Freestyle...tapi pikir2 balik..baik aku cube dulu guna yang manual ni. Kalau ok and susu pun byk bolehla grab 1 BP Medela FS ni... So korang2 yang nak beli BP brand Medela boleh klik kat nama Kak Aja tu ye...

Sebenarnya ade cerita disebalik kisah BP ni.. Dulu time bersalinkan Dina..memang tak prepare langsung awal2 pasal BP, storage bottle, palstic beg and so on.. Aku byk beli kelengkapan yang asas je lah..mcm baju, seluar, pampers and toiletries baby je.. Dah sehari bersalin barulah nak beli BP. Tapi time tu tak tahu langsung perlu adanya BP ni..So main beli jelah kat kedai baby tu. Mintak tolong hb yg belikan. Die pulak tanye nak beli yang macam mana.. Kat kedai tu byk jenis.. Jadinye aku pun pesan beli je yang biasa.. Sekali dibelinye yang ni ha...Tengok gambar kat bawah ni...
Hahahahhaha...so old fashion kan..tapi tulah yang aku pakai selama sebulan je bertahannye.. Sakit tangan aku dok mengepam time nak stock susu. Aku mampu pakai benda ni je dulu..kelakar bila kenangkan. Hasil susu memang byk..tapi aku yang tak rajin nak mengepam sebab penat tangan dan sakit Cik B bila pakai BP ni..Kesian aku..huhuhuhu... So sekarang ada rezeki lebih syukur dapat beli yang canggih sket...hehehehehe..

 
2) Supple Cups

Korang tau tak pe bende supple cups ni??? Sape2 yg ada masalah inverted nipple/flat nipple mcm aku ni mesti tau... Supple cups ni adalah alat utk membantu pada ibu2 yang ada masalah inverted/flat nipple utk breastfeed (bf) kan anak. Pengalaman lepas byk mengajar utk aku mencari solution supaya next pregnancy aku tak terlepas moment2 yg indah utk menyusukan anak. Time Dina dulu aku tak taupun ada masalah inverted/flat nipple ni..Aku ingt semua sama je...sampailah Dina dah lahir still dlm labour room lagi. Dina diletakkan kat sebelah aku. Nurse suruh susukan..Masalah pulak baby nak menyusu..rupenya aku de masalah xde puting/puting pendek/puting tenggelam.. Lama berusaha nak bagi nipple tu ada...sampaikan nurse tu tarik akunye nipple dengan syringe. Sakitnye mak aaaiiiii!!! Menitik gaklah air mata tahan sakit. Aku rasa bersalin pon tak sakit banding dengan tarik dengan syringe ni..  Sampaikan aku takleh nak bf kan Dina betul2..ape yang aku buat aku pam hari2 susu dan simpan stock banyak2.. ditambah pulak xde ilmu sgt pasal kebaikan bf ni aku pun mulalah bagi Dina minum susu formula..Time tu memang give up sgt..Dengan sakit bersalin..Dina menangis nak menyusu, nipple plak xde..aaarrrgggghhhhh tensyen den!!!!

Sejak daripada tu lah aku mula rajin cari maklumat pasal masalah inverted/flat nipple ni.. Aku baca jugak pengalaman2 orang yg sama masalah dengan aku ni seperti kat SusuIbu.com, blog Kak Alin, Ms Lena, dan banyak lagilah..Bila dah baca pengalaman2 dan info yang banyak membantu menjadikan aku lagi berazam nak direct bfkan anak yang kedua nanti. Sampailah satu hari tu ada terbaca kat majalah Pa&Ma. Ada keluarkan artikel pasal Supple Cups ni. Haruslah aku nak beli kan.. Beli online je kat Baby N Me. Ni link nye. Klik je kat sini ok. Moga2 para ibu kat luar sana yang ada masalah sama macam aku ni bolehla beli and try pakai...


3) Bottle Storage

Beli bottle storage pun secara online je kat Baby N Me. Time aku beli tu diorang tengah wat offer.. So berbaloi lah aku beli bottle and plastic storage banyak2...


4) Cooler Begs and Chillers

Mom's Precious Cooler Bag Set

Dah alang-alang beli online teruslah aku ambik cooler beg ni skali. Bukan apa...persediaan untuk menyimpan susu bila dah masuk ofis nanti. Banyak pilihan yang ada tapi aku pilih ni sebab time tu ada promosi and pakej sekali dengan ice pack.. Untung kalau beli time promosi ni...


5) Set Confinement TANAMERA Postnatal Care



Semasa berpantang anak pertama dulu, aku just makan jamu kampung je.. Sebab tak sempat nak beli set2 berpantang ni... Jadinye beli jelah jamu yang orang kampung aku ni jual..Time tu aku ikut jelah cakap tukang jual jamu tu.. Tapi makannye pon tak habis sebab takut Dina kena jaundice. Jadinye bila nurse kata stop makan jamu dulu, sampai kesudahla tak habis jamu tu.. Lagipun rasa panas jugak bila makan. Pakai pilis dan lulurnya pun buat badan aku naik merah gatal2 adalah.. Time tu sedap betul menggaru lagi2 kalau cuaca panas... So mak pun suh aku bereti pakai.

Jadinye time berpantang utk kali kedua ni, aku pilih set TANAMERA Postnatal. Apa yang bestnya set ni tak gunakan jamu semasa berpantang. Lebih kepada secara alami.. Set ni je ada 11 item dalam 1 kotak..Banyak giler ahh.. Ada serbuk pilis, teh herba, body scrub, herbal wash, Virgin Coconut Oil and bengkung pun sekali ada dibagi dalam set ni..Jadi berbaloilah aku membelinye... Produk ni pun artis2 pakai taw!!! Serina Redzuawan and Dynas pon pakai. Boleh klik kat nama diorang ye kalau nak tau pengalaman diorang gunakan set TANAMERA ni.. Ohhh satu lagi..blogger famous Malaysia iaitu Redmummy pon pakai gak. Ada die buat satu entry pasal TANAMERA ni.. Ni link die :-

http://redmummy.com/2012/02/28/44-hari-bersama-tanamera-postnatal/.

Ok kawan2, doakan saya selamat bersalin ye... Pas ni mesti update cerita pasal baby..pasal hari2 berpantang..hehehehehe..tunggguuuuu!!!!!


Monday, February 13

RAHSIA SURAH AL-KAUTSAR

Tadi dok leka tengok wall kat "Muka Buku" terbaca satu entry pasal Surah Al-Kautsar ni.. Ayat Al-Quran yg paling pendek..3 ayat je..tapi rupenye disebaliknya tersembunyi pelbagai rahsia yang tidak kite sendiri ketahui..




Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

MENGAPA ORANG YAHUDI BIJAK

Seorang Muslim dari Amerika Syarikat telah menghabiskan 8 tahunnya menjalankan tesis mengenai kepintaran orang-orang Yahudi. Namanya ialah Hakim Ma'ruf bin Haji Abdul Kadir dari Universiti Massachusetts. Tesis nya bertajuk "Why are the Jewish so smart". Berikut merupakan intipati yang telah saya dapati daripada tesis beliau.

1. Ibu yang mengandung akan kerap menyanyi dan bermain alat muzik seperti piano, clarinet dan sebagainya. Mereka juga akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama suami mereka. Mereka percaya bahawa dengan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, mereka dapat melatih otak anak mereka dan kelak anak mereka menjadi genius.

2. Sejak awal mengandung, si ibu akan selalu makan kacang badam dan kurma bersama susu. Pada waktu tengah hari mereka makan roti dan ikan tanpa kepala yang dimakan bersama berbagai jenis salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang.

 

3. Kepala ikan dilarang makan sama sekali kerana ianya mengandungi bahan kimia yang boleh merencatkan pertumbuhan otak bayi dalam kandungan.

4. Adalah menjadi kewajipan ibu-ibu yang mengandung untuk mengambil pil minyak ikan semasa mengandung setiap hari.

5. Orang Yahudi gemar memakan ikan. Boleh dikatakan setiap hidangan mereka pasti ada ikan. Namun, hidangan ikan tidak akan disekalikan dengan hidangan daging. Bagi mereka, hidangan ikan dan daging tidak elok dimakan bersama.

6. Mereka juga sangat gemar makan salad dan kekacang terutamanya badam.

7. Sebelum makan "main menu", mereka biasanya makan buah-buahan dulu. Kata mereka, jika kita makan karbohidrat dahulu, kita akan mudah berasa mengantuk dan lemah.

8. Dalam kalangan masyarakat Yahudi, merokok adalah taboo. Jika anda berkunjung ke rumah orang Yahudi dan anda merokok, tanpa segan silu mereka akan menghalau anda keluar dari rumah. (Ironinya pengeluar rokok utama dunia adalah mereka juga)

9. Pada peringkat tadika atau pra-sekolah, pemakanan kanak-kanak Yahudi dikawal ketat. Mereka diberi makan banyak buah-buahan, kacang badam dan perlu menelan pil minyak ikan code. Rata-rata kanak-kanak Yahudi boleh menguasai tiga bahasa iaitu Hebrew, Inggeris dan Arab. Mereka juga telah mengikuti kelas muzik seawal usia tadika. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang perkembangan otak. Sebab itulah ramai dari kalangan ahli-ahli muzik ternama dunia adalah terdiri daripada orang Yahudi.

10. Pada peringkat sekolah rendah, anak-anak Yahudia diajar Matematik berkonsepkan perniagaan. Sukan menembak, memanah dan berlari menjadi kewajipan setiap kanak-kanak Yahudi.

11. Pada peringkat sekolah tinggi (High School), remaja Yahudi ditekankan dengan subjek-subjek Sains. Mereka diminta mencipta produk, sekelakar manapun produk yang dihasilkan, pihak tenaga pengajar dan para pelajar akan meneliti setiap perincian terutama ciptaan yang berunsurkan senjata dan seterusnya dibawa ke Universiti atau Politeknik.

12. Di Fakulti perniagaan universiti di Israel, anda akan terkejut dan terperanjat dengan betapa agresifnya mereka menjalankan perniagaan. Para pelajar fakulti perniagaan tidak akan lulus selagi mereka (1 kumpulan=10 orang) tidak berjaya melakukan satu projek perniagaan dan mendapatkan keuntungan 1 juta USD! Mereka ini rata-ratanya mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat global milik kaum Yahudi dari seluruh dunia.

13. Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia memberikan pinjaman TANPA FAEDAH kepada orang-orang YAHUDI SAHAJA untuk menjalankan perniagaan jika idea perniagaan mereka itu bernas dan pegawai dari Dewan Perniagaan tersebut akan memantau dan memastikan peminjam berada pada landasan yang betul. Maka, dari program ini maka lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Dunkin Doughnut, Levis, Oracle, produksi-produksi perfileman di Hollywood dan beratus-ratus kedai ternama di seluruh dunia yang bernaung di bawah dewan perniagaan ini. Graduan Yahudi dari Fakulti Perubatan universiti-universiti di Nwe York adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri mereka di bawah persatuan ini dan membuka klinik mereka sendiri dengan bantuan kewangan yang disediakan oleh Dewan Perniagaan Yahudi New York.


Jadinya mana yang baik dan bagusnye dari orang Yahudi tu kite ambiklah untuk diamalkan. Pandang dari sudut yg positif ye... Yang buruk tu tolak tepi jelah kan.. Artikel ni pun dah lama tersimpan dlm draft box..cume tak berkesempatan nak tekan kat publish je..hahahhahahaha...mood kemalasan melanda..

Thursday, December 22

ONE BORN EVERY MINUTE



Korang pernah tak tengok satu dokumentari/cerita ONE BORN EVERY MINUTE (OBEM) kat channel Astro Bio 731.. Cerita ni akan bersiaran kat Astro setiap hari Rabu pukul 9 - 10 mlm. Memang aku tak pernah miss pun tengok.. Best gileer ok.... Suka sangat aku tengok channel ni lebih2 lagi sekarang ni kan aku  tengah memboyot..heheheehe..

Siri dokumentari yang sangat popular kat US ni adalah tentang kehidupan sehari-hari di hospital bersalin Riverside. Penggambaran filem selama 24 jam sehari, dengan 40 kamera yang dikendalikan secara jarak jauh, kisah-kisah pasangan suami isteri yang ingin menyambut kelahiran anak, hubungan antara ibu dan keluarga mereka, dan emosi si ibu selepas melahirkan anak. Bayak aksi lucu, emosi dan dramatik yang boleh kita tengok kat sini..Ada yang lucu tu sampai aku ketawa terbahak-bahak.. Part sedih tu memang menangis gak lah...macam aku pun ada sekali kat situ..hehehehe...

Yang bestnya, kat Hospital Riverside ni diorang bersalin kat bilik masing2 taw.. Kalau bersalin secara cesarean (pembedahan) je barulah diorang bersalin kat LR/OT. Tak macam kat hospital Malaysia ni..nak bersalin kenalah g kat LR.. Dalam LR tu pulak bukan kite sorang je yang nak bersalin.. Pengalaman aku dulu bersalin kan Meadyna satu bilik tu ade 2 orang yang bersalin serentak..cume diasingkan dengan tirai je...huhuhuhu...Maunye tak dengar keluh kesah maknye, jeritan suara si nurse2nya.. hahaahahaha..kelakarlah.. Time tu aku rasa nak jenguk jugak kat tabir sebelah ape yang berlaku..tapi memikirkan yang aku pun nak bersalin sgt dah ni.. Dengar jelah suara dari tirai sebelah tu...

Kat hospital Riverside tu, die tunjukkan beberapa wanita yang nak bersalin dan berbeza pengalaman di setiap bilik yang berasingan.. Setiap bilik tu pulak ahli2 keluarga yang terdekat dibenarkan untuk bersama-sama si ibu ketika melahirkan..Bestkan??? Yg mlm tadi aku tengok ada mak, mak mertua, kakak and suami sendiri..Diorang ni kire jadi cheerleaderslah kat si ibu... Dan setiap ibu akan dapat seorang or 2 org nurse yang akan jaga..start admitted kat wad sampailah time nak bersalin.. Pastu lembut je nurse2 diorang ni suh teran.. "Ok, u can push now..." "Take a breath and pusshhhhh..." "Ok...1,2,3,4,5,6,7,8,9,10..push..." Huk aloh.... kenapalah nurse2 kat Gov Hospital kat Malaysia ni tak mcm tu..hehehehe. Beza betul cara diorang melayan kerenah ibu yang nak bersalin ni.. Tak caya??? Tengoklah OBEM tu setiap mlm Rabu ok..

Yang pastinya...aku tengok cerita tu sebagai panduan aku nak bersalin nanti.. Ingat lagi time bersalin yang pertama dulu..nurse pesan jangan menjerit..nanti hilang tenaga.. Jangan angkat bontot..jangan keraskan lutut..mmm macam2 lah.. Hopefully, this time aku dapat bersalinkan baby yang kedua ni dengan mudah dan selamat.. Ohh ye...no epidural.. and hope sangat dapat bersalin secara normal..


Friday, November 18

NAK TAK ANAK KITE BIJAK???

Salam Jumaat semua... Harapnye semua sihat dan happy je...Yelah hari ni Jumaat..Esok kan Sabtu..Pastu Ahad pulak hehehehe.. Hari ni aku nak tulis satu cerita bab2 macam mana nak dapatkan anak yang bijak. Kite boleh buat/praktik/amalkan sejak anak tu dalam perut lagi.. Ape2 pun yang penting kite usaha... dan berdoa kepada Allah agar anak yang dilahirkan nanti menjadi anak yg bijak, pintar, berilmu dan berguna pada agama , bangsa dan negara.. Wahhhhh.... semangat berkobar!!!

Actually, petua ni dah byk kali ade dalam blogger2 lain.. So, aku just letak kat sini as my reference and utk korang juga yang mungkin tak tahu lagi.. 

QUOTE 1

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad untuk masa depan anak".
Pakar Motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah 


QUOTE 2

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"
R.Buckminster Fuller

PETUA/TIP UNTUK IBU BAPA
  • Sebaik kandungan mencecah 4 bulan, ibu digalakkan membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan surah Al-Inshirah. Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-Quran. Ayat Kursi pula bertujuan untuk menghalau gangguan syaitan dan surah Al-Inshirah pula bertujuan untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin pula baca ayat2 ini ketika menyusukan dan dihembuskan di kepala. Boleh diamalkan sehingga anak itu besar.
  • Walau ketika anak sedar dan tidak. Rebutlah peluang bisikkan dua untuk membacakan doa, kata-kata nasihat, pujian, semangat dan pesanan. Ambil masa seminit dua untuk memabacakan doa sambil mengusap lembut dikepala anak kita.
  • Doakan kejayaan anak, anak kawan2 kita, sedara-mara dan sebagainye...
RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM
  • Madu - Sangat berkhasiat dan berkesan untuk merawat penyakit dan boleh menghindarkan keletihan. Ibu yang sedang hamil sangat digalakkan mengambil madu dan boleh dicampurkan dengan air suam atau makan begitu sahaja. Ia perlu diambil dua kali sehari (pagi dan malam) dengan menggunakan sudu plastik.
  • Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Aturannye pula ialan memakannya dengan menghadap ke kiblat, membaca Bismillah dan selawat 3 kali diikuti doa penerang hati. Perlu dimakan seperti memakan gula-gula dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu Segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu lemak, keju dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan perkembanagn otak. Susu yang paling baik untuk ketajaman otak ialah susu kambing, biri-biri dan lembu. Perlu diminum sebanyak 2 kali sehari (pagi dan malam).
  • Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan badan keseluruhannya. Telur yang baik adalah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia - Sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
  • Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW : "Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari"


Alhamdulillah...time pregnantkan Meadyna, ada juga aku amalkan petua2 mcm kat atas tu. Teringat dulu, tiap2 hari makan madu, makan kismis, makan kurma, makan badam...orang kata ape yang baik lah untuk anak dalam kandungan.. Kesannya memang positif. Dyna seorang anak yang bijak dan mudah diajar. Umur 1 tahun dah mula ringan mulut nak bercakap. Sekarang umur Dyna 2 thn 6 bulan mulutnya sangat petah bercakap. Dah pandai kira 1-10, baca A-Z. Sampailah sekarang ni pun aku masih berikan Dyna makan kismis, kurma dan badam...Mudah-mudahan anak2 Mama nanti jadi anak yang solehah, bijak dan cemerlang di masa hadapan.


Thursday, November 10

SEMUA DAPAT DIATASI DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL!!!!!

Sejak pregnant yang kedua ni banyak masa aku habiskan dengan menerjah/blogwalking pasal Post Natal program.. Seronok dapat baca pengalaman, ilmu dan segala mak nenek petua yang diorang tulis kat blog diorang ni.. Macam semuanya aku nak buat nanti..hahahahaaha(kalau rajin leeee).

Tetiba aku baca kat satu homepage ni. Tajuk dia "Pantang Larang Selepas Bersalin".. Aku pon bacalah dari mula sampailah ke komen2 yang ada tu...Issshhhh...macam2 soalan yang ada kt situ.. Ada masalah masih turun darah walaupun dh habis tempoh berpantang.. Ada masalah yang peranakan masih sakit.. Rasa pening kepala yang sampai nak pitamlah.. Seriau gak aku membacanye...dok terbayang la plak kalau la jadi kat aku... Mintak dijauhkanlah.. Itulah agaknye penyakit orang perempuan kan..lagi2 pas bersalin.. Kenalah jaga elok2..pantang tu biarlah berdisiplin (ni ingatan buat diri sendiri jugak)  Time baca satu komen tu, rasa mcm interesting plak.. Leh tengok kat bawah ni ye... Gigih aku belajar ni macam mana nak print screen and letak kat paint pulak..Orang lain dh tau..aku je yg tak tahu..


See... orang tu pun bagitahu yang dia amalkan pakai bengkung siang dan malam. Rasanye tak ramai yang berdisiplin nak pakai bengkung sampai malam kan.. Haaaa!!!! Tetiba ada idea... Pakailah PREMIUM BEAUTIFUL. PB kan pakaian pembentukan badan atau lebih mudahnya bengkung moden zaman sekarang.. Pakailah PB semasa dan selepas berpantang.. Sebab antara fungsi PB ni pun adalah menaikkan rahim ke kedudukan asalnye.. lebih elok dipakai bagi wanita selepas bersalin.. 

Pastu terjah pulak ke satu lagi homepage pasal petua2 nak cantikkan badan secara alami.. Yang ni lebih kepada tradisional lah.. Sesape yang nak amalkan petua dulu2 ni g kat sini http://gemini26576.tripod.com


Aku pun perasan ada petua nak cantikkan breast. Tengok pada bahan2nye memanglah senang. Tapi nak buatnye tu rajin ke?? Tiiinnngggg!!! Ada idea...heheheheehe.. Pakailah LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL.... PB laaaagggggiii.. Hello... PB bukan sebarang baju dalam taw!!! PB ni all in one taw!!! Sekarang dah ada Short Bra. Fungsinya same dengan Long Bra.. Cume bezanye Long Bra ni kite pakai sampai menutup perut. Short Bra pulak mcm bra biasa yg kite pakai tu.. Tapi fungsinye tetap same..

Ni Short Bra
Ada lagi tu petua macam mana nak kempiskan perut.. Berbalik kepada soalan mcm kat atas.. Nak buatnye tu rajin ke??? Solution... Pakailah PREMIUM BEAUTIFUL..... Kan aku dah kata PB ni bukan sebarangan baju dalam. PB ni magical korset taw. Banyak kesan yang boleh kite dapat bile pakai PB ni.. Yang pastinye PB ni bukan je boleh cantikkan badan tapi kesihatan dalaman pun terjaga.



Kebaikan Premium Beautiful:
  • Stretchmark gone
  • Selera makan kurang
  • Kerap buang air kecil & besar
  • Kerap buang angin
  • Gastric pain tak ada
  • Lebih bertenaga
  • Berat turun
  • Sakit kepala berkurangan
  • Nip breast warna cerah
  • Girdle tidak bergulung spt yg terdapat di pasaran
  • Breatheable material (aquatek & aquadyne)
PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :
  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
  • Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
  • Sinar infra merah jauh (FIR) yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.
Interested? Call me at 012-6580350 or email emalin_83@yahoo.com
Nk jmpe pon boleh..i’ll bring the demo set.

p/s:Nanti forwardla kt semue kawan2 perempuan kt ofis..kawan2 laki pun boleh..mane ker tau nk beli for wife kan..tul tak..sedare mare pon jgn lupe tau..Sharekan kebaikannye k..

Thursday, November 3

BACK TO NORMAL SHAPE AFTER DELIVER...MMMM BUNYI MCM SENANG KAN???

Jom cerita tentang kecikkan saiz badan yang membesar bagaikan johan selepas bersalin. Ada orang yang senang nak turun berat dan sememangnya ada baka kecik. Jadi memang tak payah nak risaulah..beranaklah sampai 10 orang sekalipun..kalau jenis badan maintain je..xpe.. Dapat badan yang susah nak turun tapi senang sangat nak naik..Haaaa..mcm mane pulak tu.. Memang agak sukar menyesuaikan diri bile badan sudah semakin berisi,baju-baju lama dah takleh pakai paling teruk bile orang dah mule bising perli sana sini bagi diorang itu gurauan semata-mata tapi bagi kite sakitnye hati..ade plak saiz badan jadi bahan gurauan tak patut betoiii..Sendirilah mau ingat. Kenalah diet, exercise bagai, pantang makan tu makan ini.
Tau tak berat badan kite lebih mudah susut ketika selepas bersalin pendek cerita dalam tempoh berpantang.Kirenye peluang kite tuk dapatkan badan yang ideal sangat cerah sebabnyeee..
penyusuan susu ibu adalah salah satu penyebab penyusutan berat badan selepas bersalin

  • Masa hamil memang tubuh kite menyimpan lemak dan air dalam badan maka berat badan kite pon bertambah dan secara lumrahnye bile dah beranak berat kite akan turun dengan sendirinya..tak percaya siler timbang berat korang lepas delivery sure turun kan tak kisah la sikit ke banyak. Pengalaman bersalin time sulung dulu aku sendiri turun 10kg.
  • Perlahan-lahan rahim dan badan kite akan mengecut,biasanya seminggu selepas bersalin muke yang sembam dan kaki yang bengkak akan perlahan-lahan kembali kepada asal.
  • Masa dalam pantang perut kita sangat lembut sebab tu kalo kite berdisiplin jaga makan minum,amalkan senaman,makan ubat,bertungku dan pemakaian bengkung yang sesuai perut kite akan kembali kempis selepas abih pantang, yang aku perasan ramai kenkawan aku memang nampak slim lepas 2 bulan..tapi bile mereka tak jaga makan maka badan akan sedikit demi sedikit naik.
  • Kalau dah makan semua yang rebus-rebus dan berkhasiat ditambah plak dengan menyusukan anak secara ekseklusif maka lagi cepatla susutnye badan tu..
  • Aku sendiri tahun pertama selepas beranak selain berat badan turun walaupon takdela diet ketat sangat tapi berat tu maintain tau tuk tahun yang pertama la..tapi bile masuk tahun yang kedua anak pon dan mula amik solid food pastu tak susukan badan dah.Sebab time tu fikir bancuh susu FM lagi senang, cepat, mudah.. Makanye bile senaman dah kurang buat asek nak makan je maka sekejapan je berat naik kembali.
  • Biasanya kalo kite nak pakai bengkung ke,korset pembentukan badan ke waktu selepas bersalinla yang paling sesuai sebab masa tu perut kite masih lembut dan mudah tuk dibentuk..tapi kena pakai lama la janganla pakai sekejap ke bengkungnya maka lambatla mendapatkan hasilnya huhu.. Tapi sekarang aku dah ade korset pembentukan badan PREMIUM BEAUTIFUL.. Jadinye time berpantang untuk anak kedua nanti ni memang PB ni sentiasalah jadi peneman..
  • Pendapat akulah kan, bila korang bersalin berpantangla secara berdisiplin, jaga makan insyaallah badan tu akan maintain je,kebanyakkan kite bile dah free dari tempoh berpantang semua kite bedal cam balas dendam sedangkan badan kite ketika itu sedang melalui proses pemulihan tuk kembali ke saiz asal..berat badan kite tetap akan turun cuma mengambil sedikit masa. (PERINGATAN UTK AKU JUGAK NI!!!)
  • Lagi satu jangan lupe untuk bersenam gak..yang ni memang payah orang nak buat ade duit banyak buleh gi gym takpon buat gym sendiri kat umah, kalau yang kerja kat ofis mcm aku ni bolehlah naik turun tangga.. jangan duduk je ngadap PC tu.. 
Naik tangga turun tangga je pun dah ok..

So aku pun dah mule menanam padi azam bersalin anak kedua nanti aku nak berpantang sungguh-sungguh takmo ngelat..yang penting disiplin tu kene ade..sebab ade orang yang badan dia lebih susut dari sebelum kahwin apabila selepas beranak.. Yang penting PREMIUM BEAUTIFUL pun aku dah ada...

SET PEMBENTUKAN BADAN WANITA
Ok...ada sesape yang nak tanye pasal PB ni email je kat aku ok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...