Korang pernah tak tengok satu dokumentari/cerita ONE BORN EVERY MINUTE (OBEM) kat channel Astro Bio 731.. Cerita ni akan bersiaran kat Astro setiap hari Rabu pukul 9 - 10 mlm. Memang aku tak pernah miss pun tengok.. Best gileer ok.... Suka sangat aku tengok channel ni lebih2 lagi sekarang ni kan aku tengah memboyot..heheheehe..
Siri dokumentari yang sangat popular kat US ni adalah tentang kehidupan sehari-hari di hospital bersalin Riverside. Penggambaran filem selama 24 jam sehari, dengan 40 kamera yang dikendalikan secara jarak jauh, kisah-kisah pasangan suami isteri yang ingin menyambut kelahiran anak, hubungan antara ibu dan keluarga mereka, dan emosi si ibu selepas melahirkan anak. Bayak aksi lucu, emosi dan dramatik yang boleh kita tengok kat sini..Ada yang lucu tu sampai aku ketawa terbahak-bahak.. Part sedih tu memang menangis gak lah...macam aku pun ada sekali kat situ..hehehehe...
Yang bestnya, kat Hospital Riverside ni diorang bersalin kat bilik masing2 taw.. Kalau bersalin secara cesarean (pembedahan) je barulah diorang bersalin kat LR/OT. Tak macam kat hospital Malaysia ni..nak bersalin kenalah g kat LR.. Dalam LR tu pulak bukan kite sorang je yang nak bersalin.. Pengalaman aku dulu bersalin kan Meadyna satu bilik tu ade 2 orang yang bersalin serentak..cume diasingkan dengan tirai je...huhuhuhu...Maunye tak dengar keluh kesah maknye, jeritan suara si nurse2nya.. hahaahahaha..kelakarlah.. Time tu aku rasa nak jenguk jugak kat tabir sebelah ape yang berlaku..tapi memikirkan yang aku pun nak bersalin sgt dah ni.. Dengar jelah suara dari tirai sebelah tu...
Kat hospital Riverside tu, die tunjukkan beberapa wanita yang nak bersalin dan berbeza pengalaman di setiap bilik yang berasingan.. Setiap bilik tu pulak ahli2 keluarga yang terdekat dibenarkan untuk bersama-sama si ibu ketika melahirkan..Bestkan??? Yg mlm tadi aku tengok ada mak, mak mertua, kakak and suami sendiri..Diorang ni kire jadi cheerleaderslah kat si ibu... Dan setiap ibu akan dapat seorang or 2 org nurse yang akan jaga..start admitted kat wad sampailah time nak bersalin.. Pastu lembut je nurse2 diorang ni suh teran.. "Ok, u can push now..." "Take a breath and pusshhhhh..." "Ok...1,2,3,4,5,6,7,8,9,10..push..." Huk aloh.... kenapalah nurse2 kat Gov Hospital kat Malaysia ni tak mcm tu..hehehehe. Beza betul cara diorang melayan kerenah ibu yang nak bersalin ni.. Tak caya??? Tengoklah OBEM tu setiap mlm Rabu ok..
Yang pastinya...aku tengok cerita tu sebagai panduan aku nak bersalin nanti.. Ingat lagi time bersalin yang pertama dulu..nurse pesan jangan menjerit..nanti hilang tenaga.. Jangan angkat bontot..jangan keraskan lutut..mmm macam2 lah.. Hopefully, this time aku dapat bersalinkan baby yang kedua ni dengan mudah dan selamat.. Ohh ye...no epidural.. and hope sangat dapat bersalin secara normal..
1 comment:
La sian u... I bersalin di HKL.. okey je nurse2 disitu.. mungkin rezeki I agaknya, bersalin pun mudah..
Post a Comment