Salam Jumaat semua... Harapnye semua sihat dan happy je...Yelah hari ni Jumaat..Esok kan Sabtu..Pastu Ahad pulak hehehehe.. Hari ni aku nak tulis satu cerita bab2 macam mana nak dapatkan anak yang bijak. Kite boleh buat/praktik/amalkan sejak anak tu dalam perut lagi.. Ape2 pun yang penting kite usaha... dan berdoa kepada Allah agar anak yang dilahirkan nanti menjadi anak yg bijak, pintar, berilmu dan berguna pada agama , bangsa dan negara.. Wahhhhh.... semangat berkobar!!!
Actually, petua ni dah byk kali ade dalam blogger2 lain.. So, aku just letak kat sini as my reference and utk korang juga yang mungkin tak tahu lagi..
QUOTE 1
"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad untuk masa depan anak".
Pakar Motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah
QUOTE 2
"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"
R.Buckminster Fuller
PETUA/TIP UNTUK IBU BAPA
- Sebaik kandungan mencecah 4 bulan, ibu digalakkan membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan surah Al-Inshirah. Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-Quran. Ayat Kursi pula bertujuan untuk menghalau gangguan syaitan dan surah Al-Inshirah pula bertujuan untuk melapangkan hati dan fikiran.
- Selepas bersalin pula baca ayat2 ini ketika menyusukan dan dihembuskan di kepala. Boleh diamalkan sehingga anak itu besar.
- Walau ketika anak sedar dan tidak. Rebutlah peluang bisikkan dua untuk membacakan doa, kata-kata nasihat, pujian, semangat dan pesanan. Ambil masa seminit dua untuk memabacakan doa sambil mengusap lembut dikepala anak kita.
- Doakan kejayaan anak, anak kawan2 kita, sedara-mara dan sebagainye...
RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM
- Madu - Sangat berkhasiat dan berkesan untuk merawat penyakit dan boleh menghindarkan keletihan. Ibu yang sedang hamil sangat digalakkan mengambil madu dan boleh dicampurkan dengan air suam atau makan begitu sahaja. Ia perlu diambil dua kali sehari (pagi dan malam) dengan menggunakan sudu plastik.
- Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Aturannye pula ialan memakannya dengan menghadap ke kiblat, membaca Bismillah dan selawat 3 kali diikuti doa penerang hati. Perlu dimakan seperti memakan gula-gula dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
- Susu Segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu lemak, keju dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan perkembanagn otak. Susu yang paling baik untuk ketajaman otak ialah susu kambing, biri-biri dan lembu. Perlu diminum sebanyak 2 kali sehari (pagi dan malam).
- Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan badan keseluruhannya. Telur yang baik adalah telur ayam kampung dan yang masih baru.
- Halia - Sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
- Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW : "Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari"
Alhamdulillah...time pregnantkan Meadyna, ada juga aku amalkan petua2 mcm kat atas tu. Teringat dulu, tiap2 hari makan madu, makan kismis, makan kurma, makan badam...orang kata ape yang baik lah untuk anak dalam kandungan.. Kesannya memang positif. Dyna seorang anak yang bijak dan mudah diajar. Umur 1 tahun dah mula ringan mulut nak bercakap. Sekarang umur Dyna 2 thn 6 bulan mulutnya sangat petah bercakap. Dah pandai kira 1-10, baca A-Z. Sampailah sekarang ni pun aku masih berikan Dyna makan kismis, kurma dan badam...Mudah-mudahan anak2 Mama nanti jadi anak yang solehah, bijak dan cemerlang di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment