CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, November 18

NAK TAK ANAK KITE BIJAK???

Salam Jumaat semua... Harapnye semua sihat dan happy je...Yelah hari ni Jumaat..Esok kan Sabtu..Pastu Ahad pulak hehehehe.. Hari ni aku nak tulis satu cerita bab2 macam mana nak dapatkan anak yang bijak. Kite boleh buat/praktik/amalkan sejak anak tu dalam perut lagi.. Ape2 pun yang penting kite usaha... dan berdoa kepada Allah agar anak yang dilahirkan nanti menjadi anak yg bijak, pintar, berilmu dan berguna pada agama , bangsa dan negara.. Wahhhhh.... semangat berkobar!!!

Actually, petua ni dah byk kali ade dalam blogger2 lain.. So, aku just letak kat sini as my reference and utk korang juga yang mungkin tak tahu lagi.. 

QUOTE 1

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad untuk masa depan anak".
Pakar Motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah 


QUOTE 2

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"
R.Buckminster Fuller

PETUA/TIP UNTUK IBU BAPA
  • Sebaik kandungan mencecah 4 bulan, ibu digalakkan membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan surah Al-Inshirah. Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-Quran. Ayat Kursi pula bertujuan untuk menghalau gangguan syaitan dan surah Al-Inshirah pula bertujuan untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin pula baca ayat2 ini ketika menyusukan dan dihembuskan di kepala. Boleh diamalkan sehingga anak itu besar.
  • Walau ketika anak sedar dan tidak. Rebutlah peluang bisikkan dua untuk membacakan doa, kata-kata nasihat, pujian, semangat dan pesanan. Ambil masa seminit dua untuk memabacakan doa sambil mengusap lembut dikepala anak kita.
  • Doakan kejayaan anak, anak kawan2 kita, sedara-mara dan sebagainye...
RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM
  • Madu - Sangat berkhasiat dan berkesan untuk merawat penyakit dan boleh menghindarkan keletihan. Ibu yang sedang hamil sangat digalakkan mengambil madu dan boleh dicampurkan dengan air suam atau makan begitu sahaja. Ia perlu diambil dua kali sehari (pagi dan malam) dengan menggunakan sudu plastik.
  • Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Aturannye pula ialan memakannya dengan menghadap ke kiblat, membaca Bismillah dan selawat 3 kali diikuti doa penerang hati. Perlu dimakan seperti memakan gula-gula dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu Segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu lemak, keju dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan perkembanagn otak. Susu yang paling baik untuk ketajaman otak ialah susu kambing, biri-biri dan lembu. Perlu diminum sebanyak 2 kali sehari (pagi dan malam).
  • Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan badan keseluruhannya. Telur yang baik adalah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia - Sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
  • Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW : "Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari"


Alhamdulillah...time pregnantkan Meadyna, ada juga aku amalkan petua2 mcm kat atas tu. Teringat dulu, tiap2 hari makan madu, makan kismis, makan kurma, makan badam...orang kata ape yang baik lah untuk anak dalam kandungan.. Kesannya memang positif. Dyna seorang anak yang bijak dan mudah diajar. Umur 1 tahun dah mula ringan mulut nak bercakap. Sekarang umur Dyna 2 thn 6 bulan mulutnya sangat petah bercakap. Dah pandai kira 1-10, baca A-Z. Sampailah sekarang ni pun aku masih berikan Dyna makan kismis, kurma dan badam...Mudah-mudahan anak2 Mama nanti jadi anak yang solehah, bijak dan cemerlang di masa hadapan.


Thursday, November 10

SEMUA DAPAT DIATASI DENGAN PREMIUM BEAUTIFUL!!!!!

Sejak pregnant yang kedua ni banyak masa aku habiskan dengan menerjah/blogwalking pasal Post Natal program.. Seronok dapat baca pengalaman, ilmu dan segala mak nenek petua yang diorang tulis kat blog diorang ni.. Macam semuanya aku nak buat nanti..hahahahaaha(kalau rajin leeee).

Tetiba aku baca kat satu homepage ni. Tajuk dia "Pantang Larang Selepas Bersalin".. Aku pon bacalah dari mula sampailah ke komen2 yang ada tu...Issshhhh...macam2 soalan yang ada kt situ.. Ada masalah masih turun darah walaupun dh habis tempoh berpantang.. Ada masalah yang peranakan masih sakit.. Rasa pening kepala yang sampai nak pitamlah.. Seriau gak aku membacanye...dok terbayang la plak kalau la jadi kat aku... Mintak dijauhkanlah.. Itulah agaknye penyakit orang perempuan kan..lagi2 pas bersalin.. Kenalah jaga elok2..pantang tu biarlah berdisiplin (ni ingatan buat diri sendiri jugak)  Time baca satu komen tu, rasa mcm interesting plak.. Leh tengok kat bawah ni ye... Gigih aku belajar ni macam mana nak print screen and letak kat paint pulak..Orang lain dh tau..aku je yg tak tahu..


See... orang tu pun bagitahu yang dia amalkan pakai bengkung siang dan malam. Rasanye tak ramai yang berdisiplin nak pakai bengkung sampai malam kan.. Haaaa!!!! Tetiba ada idea... Pakailah PREMIUM BEAUTIFUL. PB kan pakaian pembentukan badan atau lebih mudahnya bengkung moden zaman sekarang.. Pakailah PB semasa dan selepas berpantang.. Sebab antara fungsi PB ni pun adalah menaikkan rahim ke kedudukan asalnye.. lebih elok dipakai bagi wanita selepas bersalin.. 

Pastu terjah pulak ke satu lagi homepage pasal petua2 nak cantikkan badan secara alami.. Yang ni lebih kepada tradisional lah.. Sesape yang nak amalkan petua dulu2 ni g kat sini http://gemini26576.tripod.com


Aku pun perasan ada petua nak cantikkan breast. Tengok pada bahan2nye memanglah senang. Tapi nak buatnye tu rajin ke?? Tiiinnngggg!!! Ada idea...heheheheehe.. Pakailah LONG BRA PREMIUM BEAUTIFUL.... PB laaaagggggiii.. Hello... PB bukan sebarang baju dalam taw!!! PB ni all in one taw!!! Sekarang dah ada Short Bra. Fungsinya same dengan Long Bra.. Cume bezanye Long Bra ni kite pakai sampai menutup perut. Short Bra pulak mcm bra biasa yg kite pakai tu.. Tapi fungsinye tetap same..

Ni Short Bra
Ada lagi tu petua macam mana nak kempiskan perut.. Berbalik kepada soalan mcm kat atas.. Nak buatnye tu rajin ke??? Solution... Pakailah PREMIUM BEAUTIFUL..... Kan aku dah kata PB ni bukan sebarangan baju dalam. PB ni magical korset taw. Banyak kesan yang boleh kite dapat bile pakai PB ni.. Yang pastinye PB ni bukan je boleh cantikkan badan tapi kesihatan dalaman pun terjaga.



Kebaikan Premium Beautiful:
  • Stretchmark gone
  • Selera makan kurang
  • Kerap buang air kecil & besar
  • Kerap buang angin
  • Gastric pain tak ada
  • Lebih bertenaga
  • Berat turun
  • Sakit kepala berkurangan
  • Nip breast warna cerah
  • Girdle tidak bergulung spt yg terdapat di pasaran
  • Breatheable material (aquatek & aquadyne)
PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN PREMIUM BEAUTIFUL membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, bentuk badan yang sihat dan seimbang. Memberikan kesan secara serta merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman.

Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :
  • Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
  • Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
  • Sinar infra merah jauh (FIR) yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.
Interested? Call me at 012-6580350 or email emalin_83@yahoo.com
Nk jmpe pon boleh..i’ll bring the demo set.

p/s:Nanti forwardla kt semue kawan2 perempuan kt ofis..kawan2 laki pun boleh..mane ker tau nk beli for wife kan..tul tak..sedare mare pon jgn lupe tau..Sharekan kebaikannye k..

Thursday, November 3

BACK TO NORMAL SHAPE AFTER DELIVER...MMMM BUNYI MCM SENANG KAN???

Jom cerita tentang kecikkan saiz badan yang membesar bagaikan johan selepas bersalin. Ada orang yang senang nak turun berat dan sememangnya ada baka kecik. Jadi memang tak payah nak risaulah..beranaklah sampai 10 orang sekalipun..kalau jenis badan maintain je..xpe.. Dapat badan yang susah nak turun tapi senang sangat nak naik..Haaaa..mcm mane pulak tu.. Memang agak sukar menyesuaikan diri bile badan sudah semakin berisi,baju-baju lama dah takleh pakai paling teruk bile orang dah mule bising perli sana sini bagi diorang itu gurauan semata-mata tapi bagi kite sakitnye hati..ade plak saiz badan jadi bahan gurauan tak patut betoiii..Sendirilah mau ingat. Kenalah diet, exercise bagai, pantang makan tu makan ini.
Tau tak berat badan kite lebih mudah susut ketika selepas bersalin pendek cerita dalam tempoh berpantang.Kirenye peluang kite tuk dapatkan badan yang ideal sangat cerah sebabnyeee..
penyusuan susu ibu adalah salah satu penyebab penyusutan berat badan selepas bersalin

  • Masa hamil memang tubuh kite menyimpan lemak dan air dalam badan maka berat badan kite pon bertambah dan secara lumrahnye bile dah beranak berat kite akan turun dengan sendirinya..tak percaya siler timbang berat korang lepas delivery sure turun kan tak kisah la sikit ke banyak. Pengalaman bersalin time sulung dulu aku sendiri turun 10kg.
  • Perlahan-lahan rahim dan badan kite akan mengecut,biasanya seminggu selepas bersalin muke yang sembam dan kaki yang bengkak akan perlahan-lahan kembali kepada asal.
  • Masa dalam pantang perut kita sangat lembut sebab tu kalo kite berdisiplin jaga makan minum,amalkan senaman,makan ubat,bertungku dan pemakaian bengkung yang sesuai perut kite akan kembali kempis selepas abih pantang, yang aku perasan ramai kenkawan aku memang nampak slim lepas 2 bulan..tapi bile mereka tak jaga makan maka badan akan sedikit demi sedikit naik.
  • Kalau dah makan semua yang rebus-rebus dan berkhasiat ditambah plak dengan menyusukan anak secara ekseklusif maka lagi cepatla susutnye badan tu..
  • Aku sendiri tahun pertama selepas beranak selain berat badan turun walaupon takdela diet ketat sangat tapi berat tu maintain tau tuk tahun yang pertama la..tapi bile masuk tahun yang kedua anak pon dan mula amik solid food pastu tak susukan badan dah.Sebab time tu fikir bancuh susu FM lagi senang, cepat, mudah.. Makanye bile senaman dah kurang buat asek nak makan je maka sekejapan je berat naik kembali.
  • Biasanya kalo kite nak pakai bengkung ke,korset pembentukan badan ke waktu selepas bersalinla yang paling sesuai sebab masa tu perut kite masih lembut dan mudah tuk dibentuk..tapi kena pakai lama la janganla pakai sekejap ke bengkungnya maka lambatla mendapatkan hasilnya huhu.. Tapi sekarang aku dah ade korset pembentukan badan PREMIUM BEAUTIFUL.. Jadinye time berpantang untuk anak kedua nanti ni memang PB ni sentiasalah jadi peneman..
  • Pendapat akulah kan, bila korang bersalin berpantangla secara berdisiplin, jaga makan insyaallah badan tu akan maintain je,kebanyakkan kite bile dah free dari tempoh berpantang semua kite bedal cam balas dendam sedangkan badan kite ketika itu sedang melalui proses pemulihan tuk kembali ke saiz asal..berat badan kite tetap akan turun cuma mengambil sedikit masa. (PERINGATAN UTK AKU JUGAK NI!!!)
  • Lagi satu jangan lupe untuk bersenam gak..yang ni memang payah orang nak buat ade duit banyak buleh gi gym takpon buat gym sendiri kat umah, kalau yang kerja kat ofis mcm aku ni bolehlah naik turun tangga.. jangan duduk je ngadap PC tu.. 
Naik tangga turun tangga je pun dah ok..

So aku pun dah mule menanam padi azam bersalin anak kedua nanti aku nak berpantang sungguh-sungguh takmo ngelat..yang penting disiplin tu kene ade..sebab ade orang yang badan dia lebih susut dari sebelum kahwin apabila selepas beranak.. Yang penting PREMIUM BEAUTIFUL pun aku dah ada...

SET PEMBENTUKAN BADAN WANITA
Ok...ada sesape yang nak tanye pasal PB ni email je kat aku ok..

Tuesday, November 1

17 WEEKS IN MY WOMB

Hai Darl..sorry yang amat-amat sebab memang dah lama sangat tak mengupdate blog kesayanganku ini.. Sebenarnye byk sgt yg aku nak share tapi memandangkan kesibukan kerja yang kalah mcm PM ni membuatkan blog ni mcm dianaktirikan je..ooohhhh sedih..sedih... Bukan takat sibuk dengan kerja..tapi keadaan diri yg tengah mabuk sana sini lagiiiiiilah buat xde mood nak update cerita..hehehehehe...

Ok, hari ni nak cerita pasal kandungan aku yg dah mencecah usia 17 minggu.. Kejap je kan..rasa baru semalam g chek kat doktor wat pengesahan yang aku ni pregnant ke tak.. Little kicking pun dah terasa kat perut ni..even tak kuat tapi boleh tahan jugak aktifnye.. So malam tadi macam biasalah buat monthly chek-up. Nasib baik berat tak turun lagi.. Bulan lepas dah turun 2 kg..mau taknye..malam tak lalu nak mkn..asal malam je muntah..asal muntah je malam..hahahahaha

Oooohhhh...baby dah membentuklah..suka..suka... dah nampak tangan die...dah nampak kaki die..tulang belakang die... kepala die..mata die..Alhamdulillah...semuanya sempurna..InsyaAllah.. Dan malam tadi first time Dina tengok adik die dalam perut ni.. macam-macam Dina tanye.."Ape tu Mama?" "Baby ke?" Hehehehehe..kelakarlah Dina ni... Nak tgk jantina die pulak..boy ke girl. Hmmmm anak mama tak bagi tengok pulak..Doktor pun tak leh nak confirmkan.. Takpelah asalkan baby ni sihat, sempurna dan aktif..

Minggu ke-17 :

Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak cokelat mulai berkembang, untuk menjaga suhu tubuh bayi setelah lahir. Tahukah anda ? Saat dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari jumlah keselurhan berat badannya.  Rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. Sidik jari sudah mulai terbentuk
http://mejakerusi.wordpress.com/2011/03/24/proses-kejadian-bayi-dari-minggu-ke-minggu/


Minggu 17:

Anggota badan bayi kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri.

Pinggan ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa.

perut ku dh mula memboyot..tapi rekahan xde taw!!!.. First time mengandungkan anak, pagi tadi berus gigi berdarah. Time Dina dulu xde..Ooohhh suspen..suspen..rupenye memang masalah biasa je...


Alhamdulillah...semuanye ok.. Alahan pon dah berkurang.. cume selera makan time malam je yang takde.. Nasib baik suami memahami keadaan diri ini.. Hahahaha ngandungkan anak die jugak kan.. Apepun hope korang doakan kesihatan dan kesejahteraan aku sepanjang proses kehamilan ni sampailah time nak bersalin nanti ye.. Sayang korang sangat2..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...