CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, June 20

MELAKA : A FAMOSA RESORT - ANIMAL WORLD SAFARI

Date : 12 June 2011
Location : A Famosa Resort @ ANimal WorlD sAFArI
Part 2 of 2

Last update entry menghabiskan duit di Melaka..hehhehe..

Hari ni hari terakhir kami berada di A Famosa Resort. So pagi tu bangun + kemas barang  + terus check out dan bersarapan kat Club Housed. Jam 9.30 pagi kitorang dah get ready untuk meneruskan pengembaraan kami di Animal World Safari!! Kebetulan sampai kat pintu masuk pukul 9.45 pagi..Orang masih tak ramai lagi ni..Tak payah nak berebut parking..memang nasib kitorang baik..dapat pulak parking betul2 tepi pintu masuk..tak payahla nak menapak jauh.. So haruslah bergambar dulu wat kenangan...


Masuk masuk je Animal world terus ada penyambut yang dengan ramahnyer menjemput kami ke lokasi 'shooting' dan hasilnyer jeng jeng jenggg.....

Bergambar dengan Red Indian yang malam tadi buat persembahan
api kat Cowboy Town tu..Ni mesti tak cuci muka..hehehehe
Haa..tu baru je lepas pintu masuk..belum lagi kat check point lain...Tak percaya. Tengok kat bawah pulak.


Gambar cantik..siap print sekali..tinggal bawak balik je..1 keping gambar 5r RM18..Uuuii pandai betol wat duit..Tak kan tak nak kan????

[animal_map.jpg]

Okeh.. Antara tempat -tempat menarik yang WAJIB di lawati jika mengunjungi A Famosa@Animal World Safari ialah Walk Through Area, Bird Show, Elephant Show, Wild Wild West Show, Monkey island, Multi Animal Show, Chicken Farm dan yang paling best dan mencabar ~Safari Park.


What to expect in Animal World Safari
@AnImaL ShOw.
Animal Show kat sini ialah gajah. Sebelum acara bermula, pengunjung boleh memberi makanan kepada gajah2 ni..RM5 utk 5 batang tebu.. Malam tadi Dina agak takut kan..hari ni dia berani dah.. Siap bagi makan lagi kat gajah2 tu...

Belalai gajah ni macam vacuum..sedut je... 
Dah puas makan secara berjemaah barulah gajah2 ni beredar ke belakang (tempat diorang berkumpul). Kitorang duduk kat barisan tengah..So bolehla nampak dengan jelasnye ape yang gajah2 tu nak buat nanti..Seronok betul Dina..(Maknye pon)
 

Ok...Show time...Layan gambar and video kat bawah ni.

Yang gambar gajah baring tu..diorang tunjuk gaya mcm mana gajah tidur.. Pastu gambar yg bawah tu, tunjukkan mcm mana member die kejutkan suh bangun..


video
 Tak pe tak nak bangun... Jap ye...


video
Haa...Kompem bangun..Hehehe..so funny!!

@ChicKEn Farm

Pas habis persembahan gajah tu, kitorang gerak pulak ke Chicken Farm.




Seronok sangat Dina bermain2 dengan anak-anak ayam nih! Nak masuk dalam reban ni kena bayar RM5. Tengok la betapa ceria nya Dina lepas bebas dgn anak-anak ayam tuhh.. boleh di tangkap.. boleh di belai.. gamat dengan bunyi 'ciapp ciap ciappp' anak ayam tuhh.. Sekali sekala anak2 ayam tu berlari ke sana ke mari sampai ada yang Dina terpijakk! Seb baik tak apa-apa anak ayam tuhh.. hahhaha

video
Dina yang geram dgn anak ayam.

@WalK tHrOugH arEA


Bermanja-manja dengan binatang2 sambil bagi makan di Walk Through Area. Dina memang excitedle sesangat sebab binatangnyer pun jinak jinak. Sesetengahnyer memang tahap boleh di pegang dan di usapp. Nak naik gajah??? Tiket RM10 je satu kepala... bila lagi nak rasa kan.. Tu baru naik gajah..blom lagi gambar yg siap berprint macam kat bawah ni. Silalah bayar RM18 utk gambar 5R jika anda suka..Aku suka...Bayor je...

Pandai gajah ni pun posing..
@MonKey IsLaND
Pas naik gajah, kitorang naik bot pulak pergi kat Monkey Island. Ada dalam 10 jenis monyet dan beruk kat pulau ni. Gambar tak banyak sangat ambik seb batery kamera dah korng la pulak..

Naik bot nak ke Monkey Island ni free je..

Ni spesies ape ntah..tak tahu pulak.. Sedap bertenggek kat atas pokok..kecik je saiz die.
 @SaFAri Park



The most adventures here is SAFARI PARK!! Tengok jelah trak yang nak masuk ke safari park tuh.. sikit punya baikkk 'perisai' keliling ! Dia punya journey nak masuk pulak macam ala-ala camel thropy challenge! Ada laluan tertentu yang curam, sempit, berliku dan bergegar le trak tu lalu jalan2 yang sengaja dibiarkan 'thrill' ala-ala roller coaster! Yang pasti pregnant ladies & those yang ada heart attack ke memang di larang menaiki kenderaan nih!



Dalam safari park ni memang hampir kesemua binatang tidak di kurung dalam kandang.. of course setiap satu nya di asingkan dengan pagar yang bersistematik dan selamat..makanya binatang2 tuh bebas bergerak dalam tuh. Kiranya bila kita masuk dalam safari park ni kalau tiba-tiba ada di antara binatang tuh yang melintas depan trak tu memang boleh mati kena langgar lahh .. ha ha


Jarak dekat ni truck dgn Pak Rimau tu..Time tu pejam celik pejam celik je mata die..


@WiLD WiLd WesT sHoW
Habis meronda kat Safari Park, kitprang masuk pulak kat Wild Wild West Show. Yang ni ala-ala drama sebabak humor oleh geng2 koboi. Ada adegan tembak, stunt, lompat sana sini..lawak sikit-sikit..Memang enjoy!!



Cowboy vs. Red Indians
Ok...show dah habis..semua tempat pun dah kitorang pergi. Badan pun dah penat, tapi sebelum balik ke Kuantan bagi Dina naik kuda padi (PONY) lagi sekali..Bagi dia puas rasa naik kuda tu macam mana... Senyum lebar anak mama..

Last Family Photo taken here.

Nampak penat dah muka Dina tu..tapi tetap nak naik kuda jugak.. Mama & Abah sempat tukar baju.


Dah tak larat nak senyum..Dina kepenatan!!
video
 Jom naik PONY..


Good bye A Famosa Resort..We will come again next time..Kasi duit berkepuk balik..heheehehe..Apepun memang puas hati bercuti di sini..Seronok tengok anak pun happy sama..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...