CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 15

SAY NO TO POLYCARBONATE (PC) BOTTLE

Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai dah pun umumkan pengharaman botol susu bayi polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf bermula 1 Mac 2012. So, korang cek botol2 susu sekarang jugakkkk!!!!! Tapikan....kenapa kerajaan nak tunggu setahun baru nak haramkan ye?????


Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol. Aku dah tau pasal benda ni dah lama jugak..lepas dpt tahu dr ofismate aku (die RND), tang tu jugak aku tukar botol susu yg ada BPA-Free...Biarlah mahal, asalkan anak aku sihat dan selamat...Yelah, maybe bukan sekarang kena...mana tahu pada masa akan datang pulak kenanya kan...

 
PC atau polycarbonate diperbuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau dikenali sebagai BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.  

Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
Banyak botol susu bebas BPA (free BPA) yang dijual di pasaran sekarang cuma harganya sedikit mahal berbanding botol susu PC namun apa salahnya jika berkorban wang ringgit untuk kesihatan anak kite sendiri....
 


 
 
 

1 comment:

ayeesha anna said...

tq sharing...gud review

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...