CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 14

VALENTINE DAY????



Salam Isnin semua kawan2 ku... Hari ni 14/2/2011.. Asal 14 Febuari je mesti ingat VALENTINE DAY..Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Kat Malaysia ni VD tu macam hari yg perlu sgt diraikan..Tahu tak korang semua yg VD tu haram bagi orang yang beragama ISLAM ni utk menyambutnye... Aku sempat gak meng'GOOGLE' pasal VD ni. Meh aku share dgn korang semua.


Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...

Jadinye kepada mereka2 kat luar tu, tak payah la sibuk nak sambut2 VD ni..Mostly yg sambut VD ni couple2 yg tgh hot in love...Konon kalau sambut VD tunjuk lah yang betapa sayangnye kite kat BF/GF ni and dapat bunga besar sejambak tu kire dah sayang habis lah...Aku dulu pun bercinta gak..tapi VD memang aku and BF (skrg Husband) tak ambik pot pon..And selalunye kalau time ni, mesti lah florist shop offer bunga yang cantik2, harga pon leh tahan lah..And sometimes tu ade kat "U" pun jual bunga2 ni sempena VD..Entahlah...hak masing2 kan..

And perasan tak korang semua.Malam ni mesti berita kat TV byk berita pasal operasi cegah maksiat tangkap orang yg tgh berdua-duaan..Dalam paper esok or hari ni pon mesti dah ada.. Ni aku nak share pengalaman aku tengok JAIS tangkap couple dlm bilim sempena HARI VALENTINE DAY!!!

Cerita ni adelah 5 tahun lepas, tahun 2005 or 2006 lah macam tu..Time tu aku masih belajar kat UNISEL Shah Alam..Korang mestilah tahu kan Shah Alam ni mcm mane..Macam biasa aku dgn rommate duk la dalam bilik. That time aku sewa kat rumah kedai 3 tingkat. Aku and housemate sewa bilik. Housemate yang lain semua time tu xde..diorang kuar dgn member and pakwe masing2..Bilik kitorang ni betul2 tepi main door. So memang akan dengar lah bunyi orang ketuk pintu rumah sebelah, bunyi orang naik tangga..bunyi orang bagi salam..Eh lupe nak inform, kejadian tu bukan kat rumah kitorang..kejadian tu berlaku kat rumah sebelah kitorang. Jiran kitorang tu pulak semua student dr U**M

Aini housemate aku duk luar tengok tv. Aku lak duk dalam bilik. And kitorang perasan bunyi suara kecoh2 kat rumah sebelah.. Makin lama makin kecoh lak..Ehhh kenape ye??? Aku pun kuar bilik tanye Aini..Aini pon perasan bunyi kecoh tu...Then kitorang pakat keluar tengok pe kes yg berlaku kat rumah sebelah tu..

Mak aaiiii ramainye pencegah maksiat dari JAIS.....Adelah dalam 12 orang.Bunyi ketuk pintu kuat2...suh keluar...And aku pon tanye kat salah sorang JAIS tu.." Nape Encik" Orang tu pun cakap " Nak tangkap pakwe makwe yang duk dalam bilik tu haaaa..." Housemate2 jiran aku tu pun bagi kerjasama kat JAIS2 tu..Pujuk kawan diorang bukak pintu.. Tapi masalahnye diorang tak nak bukak pintu..diorang duk diam je kat dalam..End upnye JAIS tu pun tendang pintu bilik budak tu.. Time ni aku ngn Aini masih kat rumah kitorang lagi...Kitorang tengok kat pintu je..Takut nak buka grill...

Pas JAIS tu tendang pintu, pakwe budak pompuan tu xde..Dah memboloskan diri panjat siling.. JAIS pun naik gak ats siling suh serah diri..Ish..ish..ish..macam tu sekali nak boloskan diri dr ditangkap.. Lama gak JAIS tu suh die turun..Tapi pakwe budak tu tak nak jugak turun dari siling tu.. Then orang JAIS tu pulak turun dari siling tu sebab nak cari alternatif lain.. Tapi entah macam mane boleh pulak pakwe tu boloskan diri dari siling tu and pecah masuk rumah kitorang pulak. Die masuk ikut pintu dapur.. Entah macam mane pulak pintu dapur rumah kitorang tak berkunci time tu..

Kitorang bile dengar je pintu dapur dibolos orang tu terus menjerit..."JAIS...JAIS...Laki tu masuk rumah kitorang..." Alamak JAIS tak boleh masuk rumah kitorang terus sebab grill kunci.. Sambil nak ambik kunci tu, org laki tadi tu siap wat isyarat lagi suh kitorang diam..Die cari2 tingkap yg boleh die kuar..Tapi rumah sewa aku tu tingkat 3..bangunan tepi sekali pulak tu..Kalau terjun gitu je kompem patah kaki..Then die tendang pintu bilik housemate kitorang yang berkunci..Terus hilangkan diri..Entah masuk rumah bawah pulak agaknye..Tak tahulah mcm mane pulak die masuk..Seb time tu kitorang dah terketar tangan nak buka mangga kat pintu grill. Bile JAIS masuk orang laki tu dah xde...

End upnye budak pompuan tu je lah yang dibawak ke Balai Polis.. Sempat gak risik kat housemate die. Mcm mane boleh JAIS dtg..rupe-rupenye Ketua Rumah tu yang call JAIS sendiri suh datang.  Sebab dah selalu sangat budak tu bawak BF die masuk bilik tu.. Kalau dah selalu masuk bilik berdua tu faham je lah kan!!!! Oooppps lupe nak inform, budak pompuan tu stay sorang2 je..tak share bilik dgn orang lain.

Aku pon wat la sesi temuramah dgn Ketua Rumah jiran sebelah aku ni. Die kata call JAIS dah rasa mesti housemate die akan bawak BF masuk situ lagi..Lagi-lagi malam VD..Dah banyak kali tegur tapi wat derk je...Yelah kalau jadi ape2 diorang satu rumah yang tak wat ape2 tanggung dosa pulak.. So, diorang ramai2 satu rumah g Balai Polis wat report and jadi saksi...Budak Pompuan tu pulak nangis sorang2...yelah wat same2 tapi BF hilang entah ke mana..Tapi yang bestnye wallet, IC, baju, kasut and underwear orang laki tu tertinggal sekali dalam bilik..Tak sempat nak ambik kot...Diorang ambik semua bawak ke Balai Polis jadi bahan bukti.. Sempat gaklah aku tengok IC mamat tu..Orang K******N, tak ingat lak daerah mana..Eh korang jgn ingat time BF die bolos rumah aku tu tak pakai ape2...Sempat pakai seluar pendek and T-Shirt awek die agaknye..Kalau tak, maunye aku and Aini pengsan kat situ gak..heheheheehehe...

Cerita ni masuk paper taw!! Harian Metro tak silap...ruangan dari kamar mahkamah..Alasan diorang bagi, malam tu buat assignment..."What The ****!!!!" Ish..ish..ish...dunia..dunia...

Moral of the strory, kalau hosemate kite wat tak elok, tegurlah..kalau tak jalan jugak report je JAIS..Kan senang.. Tulah cerita aku di malam VD. Korang ade cerite yg best..meh la kongsi dgn aku...

2 comments:

InaAchik said...

macam2 remaja skrg. pang sebijik kang! ;p

kim said...

harhar...dapt tau dah u mana tu...memalukan melayu jer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...