CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Monday, February 13

MENGAPA ORANG YAHUDI BIJAK

Seorang Muslim dari Amerika Syarikat telah menghabiskan 8 tahunnya menjalankan tesis mengenai kepintaran orang-orang Yahudi. Namanya ialah Hakim Ma'ruf bin Haji Abdul Kadir dari Universiti Massachusetts. Tesis nya bertajuk "Why are the Jewish so smart". Berikut merupakan intipati yang telah saya dapati daripada tesis beliau.

1. Ibu yang mengandung akan kerap menyanyi dan bermain alat muzik seperti piano, clarinet dan sebagainya. Mereka juga akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama suami mereka. Mereka percaya bahawa dengan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, mereka dapat melatih otak anak mereka dan kelak anak mereka menjadi genius.

2. Sejak awal mengandung, si ibu akan selalu makan kacang badam dan kurma bersama susu. Pada waktu tengah hari mereka makan roti dan ikan tanpa kepala yang dimakan bersama berbagai jenis salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang.

 

3. Kepala ikan dilarang makan sama sekali kerana ianya mengandungi bahan kimia yang boleh merencatkan pertumbuhan otak bayi dalam kandungan.

4. Adalah menjadi kewajipan ibu-ibu yang mengandung untuk mengambil pil minyak ikan semasa mengandung setiap hari.

5. Orang Yahudi gemar memakan ikan. Boleh dikatakan setiap hidangan mereka pasti ada ikan. Namun, hidangan ikan tidak akan disekalikan dengan hidangan daging. Bagi mereka, hidangan ikan dan daging tidak elok dimakan bersama.

6. Mereka juga sangat gemar makan salad dan kekacang terutamanya badam.

7. Sebelum makan "main menu", mereka biasanya makan buah-buahan dulu. Kata mereka, jika kita makan karbohidrat dahulu, kita akan mudah berasa mengantuk dan lemah.

8. Dalam kalangan masyarakat Yahudi, merokok adalah taboo. Jika anda berkunjung ke rumah orang Yahudi dan anda merokok, tanpa segan silu mereka akan menghalau anda keluar dari rumah. (Ironinya pengeluar rokok utama dunia adalah mereka juga)

9. Pada peringkat tadika atau pra-sekolah, pemakanan kanak-kanak Yahudi dikawal ketat. Mereka diberi makan banyak buah-buahan, kacang badam dan perlu menelan pil minyak ikan code. Rata-rata kanak-kanak Yahudi boleh menguasai tiga bahasa iaitu Hebrew, Inggeris dan Arab. Mereka juga telah mengikuti kelas muzik seawal usia tadika. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang perkembangan otak. Sebab itulah ramai dari kalangan ahli-ahli muzik ternama dunia adalah terdiri daripada orang Yahudi.

10. Pada peringkat sekolah rendah, anak-anak Yahudia diajar Matematik berkonsepkan perniagaan. Sukan menembak, memanah dan berlari menjadi kewajipan setiap kanak-kanak Yahudi.

11. Pada peringkat sekolah tinggi (High School), remaja Yahudi ditekankan dengan subjek-subjek Sains. Mereka diminta mencipta produk, sekelakar manapun produk yang dihasilkan, pihak tenaga pengajar dan para pelajar akan meneliti setiap perincian terutama ciptaan yang berunsurkan senjata dan seterusnya dibawa ke Universiti atau Politeknik.

12. Di Fakulti perniagaan universiti di Israel, anda akan terkejut dan terperanjat dengan betapa agresifnya mereka menjalankan perniagaan. Para pelajar fakulti perniagaan tidak akan lulus selagi mereka (1 kumpulan=10 orang) tidak berjaya melakukan satu projek perniagaan dan mendapatkan keuntungan 1 juta USD! Mereka ini rata-ratanya mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat global milik kaum Yahudi dari seluruh dunia.

13. Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia memberikan pinjaman TANPA FAEDAH kepada orang-orang YAHUDI SAHAJA untuk menjalankan perniagaan jika idea perniagaan mereka itu bernas dan pegawai dari Dewan Perniagaan tersebut akan memantau dan memastikan peminjam berada pada landasan yang betul. Maka, dari program ini maka lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Dunkin Doughnut, Levis, Oracle, produksi-produksi perfileman di Hollywood dan beratus-ratus kedai ternama di seluruh dunia yang bernaung di bawah dewan perniagaan ini. Graduan Yahudi dari Fakulti Perubatan universiti-universiti di Nwe York adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri mereka di bawah persatuan ini dan membuka klinik mereka sendiri dengan bantuan kewangan yang disediakan oleh Dewan Perniagaan Yahudi New York.


Jadinya mana yang baik dan bagusnye dari orang Yahudi tu kite ambiklah untuk diamalkan. Pandang dari sudut yg positif ye... Yang buruk tu tolak tepi jelah kan.. Artikel ni pun dah lama tersimpan dlm draft box..cume tak berkesempatan nak tekan kat publish je..hahahhahahaha...mood kemalasan melanda..

Friday, November 18

NAK TAK ANAK KITE BIJAK???

Salam Jumaat semua... Harapnye semua sihat dan happy je...Yelah hari ni Jumaat..Esok kan Sabtu..Pastu Ahad pulak hehehehe.. Hari ni aku nak tulis satu cerita bab2 macam mana nak dapatkan anak yang bijak. Kite boleh buat/praktik/amalkan sejak anak tu dalam perut lagi.. Ape2 pun yang penting kite usaha... dan berdoa kepada Allah agar anak yang dilahirkan nanti menjadi anak yg bijak, pintar, berilmu dan berguna pada agama , bangsa dan negara.. Wahhhhh.... semangat berkobar!!!

Actually, petua ni dah byk kali ade dalam blogger2 lain.. So, aku just letak kat sini as my reference and utk korang juga yang mungkin tak tahu lagi.. 

QUOTE 1

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad untuk masa depan anak".
Pakar Motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah 


QUOTE 2

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"
R.Buckminster Fuller

PETUA/TIP UNTUK IBU BAPA
  • Sebaik kandungan mencecah 4 bulan, ibu digalakkan membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan surah Al-Inshirah. Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-Quran. Ayat Kursi pula bertujuan untuk menghalau gangguan syaitan dan surah Al-Inshirah pula bertujuan untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin pula baca ayat2 ini ketika menyusukan dan dihembuskan di kepala. Boleh diamalkan sehingga anak itu besar.
  • Walau ketika anak sedar dan tidak. Rebutlah peluang bisikkan dua untuk membacakan doa, kata-kata nasihat, pujian, semangat dan pesanan. Ambil masa seminit dua untuk memabacakan doa sambil mengusap lembut dikepala anak kita.
  • Doakan kejayaan anak, anak kawan2 kita, sedara-mara dan sebagainye...
RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM
  • Madu - Sangat berkhasiat dan berkesan untuk merawat penyakit dan boleh menghindarkan keletihan. Ibu yang sedang hamil sangat digalakkan mengambil madu dan boleh dicampurkan dengan air suam atau makan begitu sahaja. Ia perlu diambil dua kali sehari (pagi dan malam) dengan menggunakan sudu plastik.
  • Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Aturannye pula ialan memakannya dengan menghadap ke kiblat, membaca Bismillah dan selawat 3 kali diikuti doa penerang hati. Perlu dimakan seperti memakan gula-gula dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu Segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu lemak, keju dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan perkembanagn otak. Susu yang paling baik untuk ketajaman otak ialah susu kambing, biri-biri dan lembu. Perlu diminum sebanyak 2 kali sehari (pagi dan malam).
  • Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan badan keseluruhannya. Telur yang baik adalah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia - Sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
  • Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW : "Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari"


Alhamdulillah...time pregnantkan Meadyna, ada juga aku amalkan petua2 mcm kat atas tu. Teringat dulu, tiap2 hari makan madu, makan kismis, makan kurma, makan badam...orang kata ape yang baik lah untuk anak dalam kandungan.. Kesannya memang positif. Dyna seorang anak yang bijak dan mudah diajar. Umur 1 tahun dah mula ringan mulut nak bercakap. Sekarang umur Dyna 2 thn 6 bulan mulutnya sangat petah bercakap. Dah pandai kira 1-10, baca A-Z. Sampailah sekarang ni pun aku masih berikan Dyna makan kismis, kurma dan badam...Mudah-mudahan anak2 Mama nanti jadi anak yang solehah, bijak dan cemerlang di masa hadapan.


Friday, August 19

ADAB BERBUKA TAMBAH PAHALA

 


RASULULLAH SAW mengajar umatnya adab ketika berbuka puasa antaranya menurut Ibn Umar, Baginda membaca doa yang bermaksud: "Hilanglah segala kehausan, segala urat sudah basah dan semoga tetap beroleh pahala dengan izin Allah." (Hadis riwayat Abu Daud)

Kita juga boleh berdoa apa saja yang dihajati kerana antara waktu yang mustajab (makbul) untuk berdoa adalah ketika berbuka seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa itu ialah ketika dia berbuka." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Adab lain yang perlu diberi perhatian ialah menyegerakan berbuka. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka daripada sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana ia termasuk perintah Nabi SAW.
 
 

Berbuka dengan rutab, tamar atau air adalah sunnah Nabi. Rutab adalah kurma yang masak dan tidak dikeringkan, ia lembut dan manis. Tamar pula ialah kurma yang dikeringkan seperti banyak terjual di pasaran.

 
 

Friday, July 1

FADHILAT BERCIUM


AMARAN!!!!!!
PRAKTIKAL UTK PASANGAN SUAMI ISTERI SAHAJA
UTK ORANG BUJANG.... (DILARANG EK)

Lepas baca ni, paling busuk pun ciumlah pasangan suami isteri anda sekali pun jadilah sblm pi keje kew..lagi byk lagi bagus!..xkisahlah sape2 leh start dulu..hehe..jgn segan2..byk fadhilatnyer.....yg lum kahwin, jgn mandai2 nak cium pakwe/makwe anda sekalian lak..neraka hukumnya..buat pedoman jek dulu..hehe..selamat membaca.

Fadhilat Bercium???


Ahli perubatan mendapati bahwa berciuman baik untuk kesihatan..... Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita. Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.


Lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!


1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak Nmelakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahwa dengan berciuman bergairah tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu mengurangi sakit.


Selamat bercium-ciuman...hehehehe....biar pasangan anda/kawan2 kita supaya perhubungan suami isteri jadi mesra gitu... Insyaallah ;)

Friday, March 18

TIPS : MEMBUKA PINTU REZEKI



Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .


Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu
( tak kira masih hidup @ telah tiada )"
nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa
(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa
(walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Allahu Akbar
!

Thursday, March 3

SET YOUR GOAL!!!

Cuba tanya pada diri kita sendiri ...
APAKAH GOALS KITA??
APAKAH YANG INGIN KITA CAPAI DLM HIDUP??
At the same time ... kita tanya LAGI diri kita..

KENAPA APA YANG KITA TARGETKAN SELAMA INI TAK TERCAPAI LAGI??

WHEN WILL U GET IT?? MCMANA NAK DAPATKAN MATLAMAT/GOALS??

Meh sini aku kasikan a few TIPS:

1) Set your GOALS: Contoh: SAVING, how much?? CAR, brand apa? RUMAH, nak berapa biji?
 
2) Recognize when can u achieve ur GOALS: 1 yr?? 2 yrs?? 3 yrs??

3) Sacrifice: sanggup utk kluar dari your COMFORT ZONE... utk sementara waktu aje!! kerana waktu itu akan dikembalikan kepada kita dgn lbh besar & selesa. Masa, Tenaga, Duit... until u achieve ur GOALS/TARGET.
 
4) Always think positif: Setiap cabaran @ dugaan yg datang.. kita kenalah sentiasa berfikiran positif.. kerana itu semu adalah ujian utk diri kita... bercampur dgn org2 yg positif.. insya-allah positif lah kita jadinya..

5) Believe in YOURSELF!! kluarkan singa yang ada dalam diri anda..


I'm just sharing a few tips yang aku tau... yang aku dah buat..

So
BELIEVE IN YOUR SELF !!
Want to be my BIZZ PARTNER..???
CALL ME @ 0126580350


Thursday, January 20

PETUA DARI DR FAZILAH KAMSAH

 
Sape yang tak kenal gambar kat atas ni, memang korang bukan warga Malaysialah!! Hehehehehe...Aku de dapat email dari kawan aku semalam...kiranye macam bagus untuk aku kongsikan bersama kawan-kawanku semua dalam blog ni...
 
Tulisan kat bawah ni memang hasil dari Dr Fazilah Kamsah sendiri. Aku copy paste je lah....
 
Assalammualaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan.... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

** zaman skang ni...mcm mane mak ayah tak kena abehkan makanan anak2..anak2 mntk makanan  mahal2..tak abeh rugi plak..nnt smpi kat umah, asek tringat jek makanan tadik..huhuhuhuhuhu. (ni aku tambah)

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu...jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ....dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ....solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima Kasih.
 
Moga-moga, tips dari Dr Fazilah Kamsah ni boleh jadikan panduan utk kite dalam mendidik anak..Memang betul dalam mendidik anak ni byk cabaran yang perlu kite hadapi. Lagi2 zaman sekarang yang semuanye serba serbi moden dan canggih....
 
Apa yang baik kite ikut lah ye....


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...