CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label Pregnancy Tips. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy Tips. Show all posts

Monday, February 13

MENGAPA ORANG YAHUDI BIJAK

Seorang Muslim dari Amerika Syarikat telah menghabiskan 8 tahunnya menjalankan tesis mengenai kepintaran orang-orang Yahudi. Namanya ialah Hakim Ma'ruf bin Haji Abdul Kadir dari Universiti Massachusetts. Tesis nya bertajuk "Why are the Jewish so smart". Berikut merupakan intipati yang telah saya dapati daripada tesis beliau.

1. Ibu yang mengandung akan kerap menyanyi dan bermain alat muzik seperti piano, clarinet dan sebagainya. Mereka juga akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama suami mereka. Mereka percaya bahawa dengan melakukan aktiviti-aktiviti tersebut, mereka dapat melatih otak anak mereka dan kelak anak mereka menjadi genius.

2. Sejak awal mengandung, si ibu akan selalu makan kacang badam dan kurma bersama susu. Pada waktu tengah hari mereka makan roti dan ikan tanpa kepala yang dimakan bersama berbagai jenis salad yang digaul dengan badam dan pelbagai jenis kekacang.

 

3. Kepala ikan dilarang makan sama sekali kerana ianya mengandungi bahan kimia yang boleh merencatkan pertumbuhan otak bayi dalam kandungan.

4. Adalah menjadi kewajipan ibu-ibu yang mengandung untuk mengambil pil minyak ikan semasa mengandung setiap hari.

5. Orang Yahudi gemar memakan ikan. Boleh dikatakan setiap hidangan mereka pasti ada ikan. Namun, hidangan ikan tidak akan disekalikan dengan hidangan daging. Bagi mereka, hidangan ikan dan daging tidak elok dimakan bersama.

6. Mereka juga sangat gemar makan salad dan kekacang terutamanya badam.

7. Sebelum makan "main menu", mereka biasanya makan buah-buahan dulu. Kata mereka, jika kita makan karbohidrat dahulu, kita akan mudah berasa mengantuk dan lemah.

8. Dalam kalangan masyarakat Yahudi, merokok adalah taboo. Jika anda berkunjung ke rumah orang Yahudi dan anda merokok, tanpa segan silu mereka akan menghalau anda keluar dari rumah. (Ironinya pengeluar rokok utama dunia adalah mereka juga)

9. Pada peringkat tadika atau pra-sekolah, pemakanan kanak-kanak Yahudi dikawal ketat. Mereka diberi makan banyak buah-buahan, kacang badam dan perlu menelan pil minyak ikan code. Rata-rata kanak-kanak Yahudi boleh menguasai tiga bahasa iaitu Hebrew, Inggeris dan Arab. Mereka juga telah mengikuti kelas muzik seawal usia tadika. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat merangsang perkembangan otak. Sebab itulah ramai dari kalangan ahli-ahli muzik ternama dunia adalah terdiri daripada orang Yahudi.

10. Pada peringkat sekolah rendah, anak-anak Yahudia diajar Matematik berkonsepkan perniagaan. Sukan menembak, memanah dan berlari menjadi kewajipan setiap kanak-kanak Yahudi.

11. Pada peringkat sekolah tinggi (High School), remaja Yahudi ditekankan dengan subjek-subjek Sains. Mereka diminta mencipta produk, sekelakar manapun produk yang dihasilkan, pihak tenaga pengajar dan para pelajar akan meneliti setiap perincian terutama ciptaan yang berunsurkan senjata dan seterusnya dibawa ke Universiti atau Politeknik.

12. Di Fakulti perniagaan universiti di Israel, anda akan terkejut dan terperanjat dengan betapa agresifnya mereka menjalankan perniagaan. Para pelajar fakulti perniagaan tidak akan lulus selagi mereka (1 kumpulan=10 orang) tidak berjaya melakukan satu projek perniagaan dan mendapatkan keuntungan 1 juta USD! Mereka ini rata-ratanya mendapatkan tajaan daripada syarikat-syarikat global milik kaum Yahudi dari seluruh dunia.

13. Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia memberikan pinjaman TANPA FAEDAH kepada orang-orang YAHUDI SAHAJA untuk menjalankan perniagaan jika idea perniagaan mereka itu bernas dan pegawai dari Dewan Perniagaan tersebut akan memantau dan memastikan peminjam berada pada landasan yang betul. Maka, dari program ini maka lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Dunkin Doughnut, Levis, Oracle, produksi-produksi perfileman di Hollywood dan beratus-ratus kedai ternama di seluruh dunia yang bernaung di bawah dewan perniagaan ini. Graduan Yahudi dari Fakulti Perubatan universiti-universiti di Nwe York adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri mereka di bawah persatuan ini dan membuka klinik mereka sendiri dengan bantuan kewangan yang disediakan oleh Dewan Perniagaan Yahudi New York.


Jadinya mana yang baik dan bagusnye dari orang Yahudi tu kite ambiklah untuk diamalkan. Pandang dari sudut yg positif ye... Yang buruk tu tolak tepi jelah kan.. Artikel ni pun dah lama tersimpan dlm draft box..cume tak berkesempatan nak tekan kat publish je..hahahhahahaha...mood kemalasan melanda..

Friday, November 18

NAK TAK ANAK KITE BIJAK???

Salam Jumaat semua... Harapnye semua sihat dan happy je...Yelah hari ni Jumaat..Esok kan Sabtu..Pastu Ahad pulak hehehehe.. Hari ni aku nak tulis satu cerita bab2 macam mana nak dapatkan anak yang bijak. Kite boleh buat/praktik/amalkan sejak anak tu dalam perut lagi.. Ape2 pun yang penting kite usaha... dan berdoa kepada Allah agar anak yang dilahirkan nanti menjadi anak yg bijak, pintar, berilmu dan berguna pada agama , bangsa dan negara.. Wahhhhh.... semangat berkobar!!!

Actually, petua ni dah byk kali ade dalam blogger2 lain.. So, aku just letak kat sini as my reference and utk korang juga yang mungkin tak tahu lagi.. 

QUOTE 1

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad untuk masa depan anak".
Pakar Motivasi Dato' Dr Fadzilah Kamsah 


QUOTE 2

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"
R.Buckminster Fuller

PETUA/TIP UNTUK IBU BAPA
  • Sebaik kandungan mencecah 4 bulan, ibu digalakkan membaca surah Al-Fatihah, Ayat Kursi, dan surah Al-Inshirah. Surah Al-Fatihah adalah ibu Al-Quran. Ayat Kursi pula bertujuan untuk menghalau gangguan syaitan dan surah Al-Inshirah pula bertujuan untuk melapangkan hati dan fikiran.
  • Selepas bersalin pula baca ayat2 ini ketika menyusukan dan dihembuskan di kepala. Boleh diamalkan sehingga anak itu besar.
  • Walau ketika anak sedar dan tidak. Rebutlah peluang bisikkan dua untuk membacakan doa, kata-kata nasihat, pujian, semangat dan pesanan. Ambil masa seminit dua untuk memabacakan doa sambil mengusap lembut dikepala anak kita.
  • Doakan kejayaan anak, anak kawan2 kita, sedara-mara dan sebagainye...
RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM
  • Madu - Sangat berkhasiat dan berkesan untuk merawat penyakit dan boleh menghindarkan keletihan. Ibu yang sedang hamil sangat digalakkan mengambil madu dan boleh dicampurkan dengan air suam atau makan begitu sahaja. Ia perlu diambil dua kali sehari (pagi dan malam) dengan menggunakan sudu plastik.
  • Kismis - Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Aturannye pula ialan memakannya dengan menghadap ke kiblat, membaca Bismillah dan selawat 3 kali diikuti doa penerang hati. Perlu dimakan seperti memakan gula-gula dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu Segar - Susu berguna untuk kesihatan otak, menajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu lemak, keju dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan perkembanagn otak. Susu yang paling baik untuk ketajaman otak ialah susu kambing, biri-biri dan lembu. Perlu diminum sebanyak 2 kali sehari (pagi dan malam).
  • Telur - Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan badan keseluruhannya. Telur yang baik adalah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia - Sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
  • Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW : "Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari"


Alhamdulillah...time pregnantkan Meadyna, ada juga aku amalkan petua2 mcm kat atas tu. Teringat dulu, tiap2 hari makan madu, makan kismis, makan kurma, makan badam...orang kata ape yang baik lah untuk anak dalam kandungan.. Kesannya memang positif. Dyna seorang anak yang bijak dan mudah diajar. Umur 1 tahun dah mula ringan mulut nak bercakap. Sekarang umur Dyna 2 thn 6 bulan mulutnya sangat petah bercakap. Dah pandai kira 1-10, baca A-Z. Sampailah sekarang ni pun aku masih berikan Dyna makan kismis, kurma dan badam...Mudah-mudahan anak2 Mama nanti jadi anak yang solehah, bijak dan cemerlang di masa hadapan.


Thursday, November 3

BACK TO NORMAL SHAPE AFTER DELIVER...MMMM BUNYI MCM SENANG KAN???

Jom cerita tentang kecikkan saiz badan yang membesar bagaikan johan selepas bersalin. Ada orang yang senang nak turun berat dan sememangnya ada baka kecik. Jadi memang tak payah nak risaulah..beranaklah sampai 10 orang sekalipun..kalau jenis badan maintain je..xpe.. Dapat badan yang susah nak turun tapi senang sangat nak naik..Haaaa..mcm mane pulak tu.. Memang agak sukar menyesuaikan diri bile badan sudah semakin berisi,baju-baju lama dah takleh pakai paling teruk bile orang dah mule bising perli sana sini bagi diorang itu gurauan semata-mata tapi bagi kite sakitnye hati..ade plak saiz badan jadi bahan gurauan tak patut betoiii..Sendirilah mau ingat. Kenalah diet, exercise bagai, pantang makan tu makan ini.
Tau tak berat badan kite lebih mudah susut ketika selepas bersalin pendek cerita dalam tempoh berpantang.Kirenye peluang kite tuk dapatkan badan yang ideal sangat cerah sebabnyeee..
penyusuan susu ibu adalah salah satu penyebab penyusutan berat badan selepas bersalin

  • Masa hamil memang tubuh kite menyimpan lemak dan air dalam badan maka berat badan kite pon bertambah dan secara lumrahnye bile dah beranak berat kite akan turun dengan sendirinya..tak percaya siler timbang berat korang lepas delivery sure turun kan tak kisah la sikit ke banyak. Pengalaman bersalin time sulung dulu aku sendiri turun 10kg.
  • Perlahan-lahan rahim dan badan kite akan mengecut,biasanya seminggu selepas bersalin muke yang sembam dan kaki yang bengkak akan perlahan-lahan kembali kepada asal.
  • Masa dalam pantang perut kita sangat lembut sebab tu kalo kite berdisiplin jaga makan minum,amalkan senaman,makan ubat,bertungku dan pemakaian bengkung yang sesuai perut kite akan kembali kempis selepas abih pantang, yang aku perasan ramai kenkawan aku memang nampak slim lepas 2 bulan..tapi bile mereka tak jaga makan maka badan akan sedikit demi sedikit naik.
  • Kalau dah makan semua yang rebus-rebus dan berkhasiat ditambah plak dengan menyusukan anak secara ekseklusif maka lagi cepatla susutnye badan tu..
  • Aku sendiri tahun pertama selepas beranak selain berat badan turun walaupon takdela diet ketat sangat tapi berat tu maintain tau tuk tahun yang pertama la..tapi bile masuk tahun yang kedua anak pon dan mula amik solid food pastu tak susukan badan dah.Sebab time tu fikir bancuh susu FM lagi senang, cepat, mudah.. Makanye bile senaman dah kurang buat asek nak makan je maka sekejapan je berat naik kembali.
  • Biasanya kalo kite nak pakai bengkung ke,korset pembentukan badan ke waktu selepas bersalinla yang paling sesuai sebab masa tu perut kite masih lembut dan mudah tuk dibentuk..tapi kena pakai lama la janganla pakai sekejap ke bengkungnya maka lambatla mendapatkan hasilnya huhu.. Tapi sekarang aku dah ade korset pembentukan badan PREMIUM BEAUTIFUL.. Jadinye time berpantang untuk anak kedua nanti ni memang PB ni sentiasalah jadi peneman..
  • Pendapat akulah kan, bila korang bersalin berpantangla secara berdisiplin, jaga makan insyaallah badan tu akan maintain je,kebanyakkan kite bile dah free dari tempoh berpantang semua kite bedal cam balas dendam sedangkan badan kite ketika itu sedang melalui proses pemulihan tuk kembali ke saiz asal..berat badan kite tetap akan turun cuma mengambil sedikit masa. (PERINGATAN UTK AKU JUGAK NI!!!)
  • Lagi satu jangan lupe untuk bersenam gak..yang ni memang payah orang nak buat ade duit banyak buleh gi gym takpon buat gym sendiri kat umah, kalau yang kerja kat ofis mcm aku ni bolehlah naik turun tangga.. jangan duduk je ngadap PC tu.. 
Naik tangga turun tangga je pun dah ok..

So aku pun dah mule menanam padi azam bersalin anak kedua nanti aku nak berpantang sungguh-sungguh takmo ngelat..yang penting disiplin tu kene ade..sebab ade orang yang badan dia lebih susut dari sebelum kahwin apabila selepas beranak.. Yang penting PREMIUM BEAUTIFUL pun aku dah ada...

SET PEMBENTUKAN BADAN WANITA
Ok...ada sesape yang nak tanye pasal PB ni email je kat aku ok..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...